Tips Memasak Menggunakan Extra Virgin Olive Oil

Memasak dengan menggunakan Extra Virgin Olive Oil ( EVOO) ada caranya tau, bukan seperti memasak dengan minyak masak biasa. Ini kerana jika EVOO berada dalam suhu smoking point ia akan merosakkan struktur kimia EVOO dan ia memudaratkan kesihatan. Maka, sebelum anda menggunakan EVOO sebagai pilihan minyak untuk anda memasak, pastikan anda ikut tips yang huda kongsikan di artikel ini.


Tips Memasak Menggunakan Extra Virgin Olive Oil 

#1 - Kualiti EVOO yang anda gunakan haruslah yang terbaik. Contohnya mengunakan EVOO jenama PONS. Boleh baca di sini tentang kelebihan EVOO jenama PONS.

EVOO yang berkualiti tinggi dengan acidity yang rendah mempunyai smoke point yang lebih tinggi iaitu 207°C. 

#2 - Jangan gunakan EVOO untuk memasak hidangan yang menggunakan kaedah deep fried seperti ayam goreng.

#3 - Apabila anda memasak dengan EVOO naikkan suhu minyak anda secara beransur-ansur. Jangan panaskan minyak anda pada suhu tinggi . ia akan menyebabkan terbakar dan suhu EVOO lebih mudah mencapai suhu smoking point. #4 - Jangan sekali-kali memasak melebihi suhu 375F atau 190°C semasa memasak menggunakan EVOO.


So sekarang dah tahu kan, bagaimana nak memasak menggunakan EVOO dengan betul. Semoga kita dapat menikmati makanan lebih sihat yang di masak dengan EVOO sebab kandungan antioxidant yang tinggi. Jom mengamalkan kehidupan yang sihat dan menikmati makanan yang sihat!

Post a Comment

0 Comments