Sambut Anniversary ke Tujuh Paling Simple - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Sambut Anniversary ke Tujuh Paling Simple

Sambut Anniversary ke Tujuh Paling Simple

Share This

Alhamdulillah, 2 Disember muncul lagi... Tarikh bersejarah , hari huda bertukar status menjadi "Puan" .  Disember setiap tahun, the last chapter of the year...tapi merupakan chapter pertama kehidupan baru untuk huda. Walau tahun silih berganti, banyak lagi yang harus huda belajar dalam menjadi seorang isteri solehah dan ibu mithali untuk The Arifs. 

Alhamdulillah, sudah 7 tahun berlalu. Allah masih izinkan dan beri peluang untuk huda menjadi peneman hidup di sisi suami tersayang. 


Tahun ni sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Perasaan excited menanti tarikh istimewa ni pun berkurang. Mungkin sebab urusan kerja yang banyak, tiada masa untuk fikir nak buat itu ini, beli itu ini dan plan anniversary trip. 


Sejak 7 tahun kahwin.. kali ni celebrate anniversary paling simple. Hadiah pun kami tak beli.Sebab kami tengah saving untuk beli hadiah lagi besar tahun depan. InshaAllah, wishlist tahun depan lagi penting.



Semalam kami berdua sibuk nak kejar deadline. Huda nak submit artikel job blog , suami pun kejar deadline siapkan website customer dia dan design kalendar 2019. Alhamdulillah, bagi huda, rezeki Anniversary tahun ni lebih hebat dengan rezeki job blogging huda dan juga rezeki bisnes suami di BG DESIGN RESOURCES berlipat ganda. Banyak job masuk, maka nikmat time freedom makin berkurang. 

Rutin harian selepas tidurkan anak selepas isyak , baru huda dan suami masuk work office kami untuk bekerja. Sebelum mulakan tugasan masing-masing, sempat la sambut ala kadar. 

Sepotong kek secret recipe , all time favourite Choc Indulgence dan try juga hanjuku cheesecake terbaru di SR. 


Dinner pun makan roti segera jer beli kan giant. Tak sempat nak masak best2.

Simple jer kan? Berbeza sungguh dengan anniversary sebelum-sebelum ni. 

Mungkin faktor masa dan usia. Dulu darah muda semangat jer nak bercintan cintun ni. ni dah masuk 3 series, bercinta pun lebih matang dan rational. Pentingkan mana yang prioriti.

Bak kata orang ..

"Less is MORE" 

Okay masa berehat dengan menulis dah habis. Jom sambung berkerja. Lagi few days nak sambung program cuti sekolah bersama anak-anak, maka haruslah berkerja lebih masa sekarang!

2 comments:

Post Bottom Ad

Pages