Review ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser







Another wishlist granted! Jika di entry blog sebelum ni huda berkongsi wishlist huda nak body mist baru tercapai dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist , dan amazingly another wishlist huda tertunai dengan produk terbaru ALTHEA - Pore Purifying Serum Cleanser! 

Huda memang hadapi masalah pores yang tersumbat dengan black dan white head especially di bahagian T-zone. Pada few months lepas, ada pergi buat facial di sebuah beauty spa di KL, lepas balik tu, memang nampak jelas pores makin besar pulak. Aduhai, sangat tak best! Nak kecilkan pores kena buat facial treatment susulan dengan kos yang mahal. Alhamdulillah, huda dah jumpa satu produk yang boleh atasi masalah yang huda alami. Happy yer!!


ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser

Gabungan fungsi pembersih dan serum dalam satu produk iaitu  ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser. Produk ini boleh digunakan sebagai pencuci wajah dari  solekan, kotoran, dan minyak dengan ekstrak pudina sambil memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat. 

Keistimewaan  ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser.

  • Dual moisture cell system : A Combination of water and oil in overlapping layers that gently yet effectly remove make up and dirt residue. 
Ciri ini mampu menutupi kulit wajah dalam formula serum. Ia menghalang kulit daripada kering dan berkesan mengecilkan liang-liang pori. Maka kulit wajah terasa licin bila disentuh.
  • Keseimbangan pH 
Produk ini juga membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia berfungsi dengan baik sekali dalam kondisi yang optimum! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.

Kandungan Utama ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser.  

  • Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
  • Minyak benih Jojoba - Melembapkan kulit 
  • Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Cara Penggunaan ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser.



Basahkan kulit wajah dan sapukan sedikit ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser.. Urut perlahan-lahan ke kulit dengan gerakan bulatan selama 5-10 saat sebelum dibasuh dengan air.

Lepas guna untuk kali pertama pun, huda dah rasa WOW!! Best yer produk baru ALTHEA ni! Please  uolls... wajib cuba ni tau untuk semua wanita yang nak cantik!

Harga untuk ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser mampu milik tau, walau ia terbang jauh dari Korea. ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser ( 150 ml) ini berharga RM 33.00 sahaja . Klik sini untuk dapatkannya >> https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser


#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea

Post a Comment

0 Comments