Projek JJCM di Kuantan - Murtabak Mengkasar


Projek JJCM di Kuantan bersama-sama blogger dari Pahang seterusnya adalah menikmati minum petang di gerai Murtabak Mengkasar. Ini adalah lokasi favourite huda masa belajar di UIA Kuantan 10 tahun lepas. Jadi dapat makan murtabak Mengkasar ni memang best, sambil mengimbau kenangan zaman study dulu-dulu.

Projek JJCM di Kuantan - Murtabak Mengkasar


Selalu makan murtabak time puasa je kan? Tak pun kena tunggu waktu pasar malam. Betul tak?
Tapi memang best betul orang Kuantan ni, nak makan murtabak setiap hari pun boleh tau sebab kedai Murtabak Mengkasar ni dibuka setiap hari! 

Lokasi Murtabak Mengkasar.

Untuk korang yang tak familiar dengan jalan di Kuantan, follow sahaja map ni. Konfem selamat sampai sini!




  Lokasi di tepi jalan, dalam deretan kedai makan di kawasan Bukit Sekilau. Waktu operasi pula setiap hari bermula pukul 4 petang sehingga 1 pagi.

Selama ini huda tahu makan jer Murtabak Mengkasar ni. Memang rasanya special dan sangat sedap berbanding murtabak di tempat lain. Rezeki kelmarin, huda dapat temu bual dengan pemilik Murtabak Mengkasar ini sendiri dan beliau berkongsi rahsia disebalik resepi istimewa Murtabak Mengkasar ni.

Antara fakta menarik tentang Murtabak Mengkasar ini adalah : -

1) Resepi asal Murtabak Mengkasar ini berasal dari Datuk Awang Rashid pada tahun 1970-an. Beliau mewariskan resipi murtabak itu secara terus dan tak lama kemudian beliau meninggal dunia. 

2) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut menggemari Murtabak Mengkasar ini dan menjadi juadah pada majlis-majlis keramaian baginda dan juga di bawa bekalan ke luar negara. 

3) Keunikan Murtabak Mengkasar ini berbanding dengan dengan murtabak biasa yang dijual di tempat lain adalah:- 

- Murtabak Mengkasar dibentuk segi empat tepat bukannya segi empat sama. 

- Murtabak Mengkasar memiliki tiga lapisan tebal berinti daging yang diadun bersama rempah-ratus berkualiti , maka mempunyai rasa yang unik dan lazat .

Harga Murtabak Mengkasar



Murtabak Biasa Ayam/ Daging RM 8.00


Murtabak Special Ayam/ Daging RM 10.00


Murtabak Special Mixed Ayam Daging RM12.00

 Murtabak Mengkasar Sejuk Beku 

Perniagaan Murtabak Mengkasar kini makin maju dengan terhasilnya Murtabak Mengkasar Sejuk Beku atau frozen. Jadi pengunjung boleh beli untuk bawa balik dan juga servis penghantaran juga di sediakan .





Selepas makan di sini, huda sempat tapau satu kotak Murtabak Special Daging.  Ingat nak bawa balik ke Terengganu keesokan harinya. Tapi anak-anak dah nampak kotak murtabak ni diorang tak tahan nak makan juga untuk supper di dalam bilik hotel. Mujur Chef di Shahzan Inn, tempat kami menginap sangat baik hati, layankan permintaan kami untuk panaskan murtabak frozen ni. 





Serius memang sedap walaupun yang frozen tau. Ish, dah sampai Terengganu menyesal pulak tak tapau banyak sikit bawa balik sini. Rasanya kena repeat lagi berkunjung ke Murtabak Mengkasar ni. 

Review dari Huda
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4.5/5
Harga : 4/5

Follow media sosial Murtabak Mengkasar

Post a Comment

1 Comments

alamaaak tetiba craving pulak nak murtabak~

Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019