Projek JJCM di Kuantan - Bummbu Nasi Singgey


Sebelum habis tahun 2018 ni, perkara yang huda nak buat adalah makan! Maksud huda nak berjalan ke lokasi yang huda tak pernah jejak lagi dan cuba makanan baru. Syok bila jalankan projek JJCM ( jalan-jalan cari makan) ni sebenarnya. Seronok dapat terjah kedai makanan yang unik dan ada tarikan tersendiri. Bila diri sendiri dah cuba , seronok nak berkongsi cerita dan pengalaman dengan semua pembaca blog huda. 

Pada hujung minggu lepas, Projek JJCM di Kuantan huda ada terjah satu restoren yang baru operasi bersama-sama rakan-rakan blogger dari Pahang. Nama restoren ni pun dah unik, konfem makanan kat sini pun unik ! 


Kenangan bergambar bersama pemilik restoren Bummbu Nasi Singgey, Kuantan


Projek JJCM di Kuantan - Bummbu Nasi Singgey

Mula-mula huda baca signboard kedai ni, terus huda rasa owner dia ni orang Kelantan atau Terengganu sebab ada tulis Singgey. Singgey ni dialek Kelantan, kalau orang Terengganu sebut Singgang, iaitu sejenis masakan ala-ala sup kegemaran masyarakat Terengganu. Bummbu pula membawa maksud rempah dalam bahasa jawa. Biasa juga baca label bumbu ni kat perencah maggi Indo-mie.  Jadi restoren ni mungkin ada "fusion" dish antara pantai timur dan jawa. 

Restoren Bummbu Nasi Singgey ini terletak di kawasan yang agak baru. Huda puji dengan keberanian pemilik restoren ini membuka perniagaan di kawasan baru ini. Korang boleh follow peta di bawah untuk ke restoren Bummbu Nasi Singgey.




Alamat : A25, Jalan Kurnia Jaya 3, Perkampungan Belukar Maju, 25150 Kuantan, Pahang

Mudah sahaja nak datang restoren ni, nak parking pun mudah.  Banyak deretan kedai berhampiran restoren ni antaranya kedai Ten Ten, kedai ECO, kedai MR DIY dan macam-macam kedai lain.  menjadikan lokasi retoren ini agak strategik. Lepas shopping boleh bawa family datang sini untuk makan.  Restoren Bummbu Nasi Singgey beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. 

Menu Menarik di Bummbu Nasi Singgey


Jom kita tengok menu apa yang best di sini. Huda datang sini waktu lunch, jadi perut ni memang lapar nasi..hehe...



Ada macam-macam pilihan set makanan tengahari serendah RM 6.50 , lengkap dengan  nasi, timun, lauk , sup dan juga air. Memang berbaloi sangat-sangat ni.

Ini pilihan menu makanan tengahari huda di restoren Bummbu Nasi Singgey.


Set Ikan Bakar yang berharga RM8.00. Memang puas hati makan ikan bakar ni, ala-ala macam ikan percik. Sedap sangat rempah ikan bakar ni. Ikan pun boleh tahan besar juga.



Encik suami pula order set nasi dan kambing bakar manakala anak-anak pula makan set nasi dan ayam bakar. Huda cukup suka makan ayam bakar kat sini, rempah bakarnya memang special tau. Huda sempat temubual dengan owner , rupanya memang resepi turun temurun, tradisi keluarga. Patut lah sedap!

Selain itu signature dish di restoren Bummbu Nasi Singgey yang korang wajib try adalah Singgang Daging. Serius sedap giler! Nampak cam sup daging tapi bukannya, lain sikit. Daging lembut dan empuk, sedap makan dengan nasi panas-panas.

Kalau korang tak rasa nak makan nasi, boleh amik Bummbu Plate. Ala-ala western dish gitu.. Kalau nak makan yang tak heavy sangat, boleh juga makan laksa.


Selain itu di sini juga ada pilihan side dish yang sedap-sedap antaranya Tuna Sandwich, Keropok Lekor dan Chicken Ball.

Owh ya, selain makanan yang lazat , tak lupa juga minuman special kat sini.


Huda try minum milo BUMMBU blend dan jagung BUMMBU blend, sedap sangat! Memang laju jer habis minum berebut dengan The Arifs..hehe..



Kalau korang jenis tak suka sangat minum air blended camni boleh order air lain dengan harga serendah 50 sen jer!



Untuk korang yang berada berdekatan dengan lokasi restoren ni, kalau malas nak keluar rumah, boleh order dengan COD jer tau.  Best kan?


Overall, huda berpuas hati menikmati makanan yang sedap di dalam restoren bergaya hipster ni. InshaAllah next time berjalan ke Kuantan boleh singgah makan sini lagi.

Review dari Huda
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5

Follow media sosial Bummbu Nasi Singgey
FB : https://www.facebook.com/bummbunasisinggey.batu3
Instagram : https://www.instagram.com/restoranbummbu/

Post a Comment

0 Comments