Alhamdulillah, perancangan family holiday buat julung-julung kalinya pada tahun 2018 berjalan lancar. Perancangan bermula bulan Ogos yang lepas. Setelah survey-survey homestay yang sesuai untuk kami sekeluarga,10 beradik berkumpul beramai-ramai , kami semua sebulat suara memilih untuk menginap di Desaru Homestay.
Penginapan H&M Family Day 2018 di Desaru Homestay
Desaru Homestay ini terletak di Taman Desaru Utama, lokasi yang sangat strategik. Terdapat pelbagai kedai runcit ,pasaraya dan restoren seperti KFC , Secret Recipe dan macam-macam lagi berdekatan dengan kawasan rumah. Tempat tarikan seperti Pantai Desaru, Tanjung Balau dan Pantai Batu Layar juga tidak jauh dari Desaru Homestay.
Alamat : No 2, Jalan Berlian 5 Taman Desaru Utama, 81930 Johor Bahru, Malaysia
Sebelum sampai ke Desaru Homestay, kena lalu pintu gerbang Marinea 2. Baguslah homestay yang kami duduk ini ada security yang bagus, rasa selamat untuk kami sekeluarga bercuti.
Desaru Homestay ini bukan homestay biasa-biasa tau, ianya adalah sebuah Villa mewah 2 tingkat dan 6 bilik yang lengkap. Setiap ahli keluarga huda yang melangkah masuk ke homestay ini semuanya teruja dengan keluasan Desaru Homestay ini.
Sebelum sampai ke Desaru Homestay, kena lalu pintu gerbang Marinea 2. Baguslah homestay yang kami duduk ini ada security yang bagus, rasa selamat untuk kami sekeluarga bercuti.
Desaru Homestay ini bukan homestay biasa-biasa tau, ianya adalah sebuah Villa mewah 2 tingkat dan 6 bilik yang lengkap. Setiap ahli keluarga huda yang melangkah masuk ke homestay ini semuanya teruja dengan keluasan Desaru Homestay ini.
Tengok dari luar pun dan tahu kan, Desaru Homestay ini sebuah villa mewah. Teruja masing-masing nak stay di sini bersama ahli keluarga tersayang.
Ruang dapur dan ruang tamu yang sangat luas. Sangat selesa untuk kami kumpul 10 orang adik beradik ( campur semua ipar duai dan anak-anak kecil semua dalam 29 orang)
Bila berkumpul ramai-ramai ni, yang paling excited haruslah anak-anak. Total semua anak-anak kecil dalam family huda ada 7 lelaki dan 4 perempuan. So korang boleh bayankan tak betapa riuh yer homestay ni. Banyak juga aktiviti yang dapat mereka buat bersama sepanjang menginap di sini seperti main kolam bersama , solat jemaah bersama dan bermain di playground yang bersebelahan dengan homestay ini .
Sepanjang 3 hari 2 malam menginap di Desaru Homestay ini kami semua rasa selesa dan puas hati dengan kemudahan yang di sediakan. Pihak pengurusan homestay ini juga sangat baik dan peramah. Jadi huda rekemen untuk korang bercuti bersama family di Desaru Homestay.
Untuk tempahan boleh tempah melalui booking.com ( dan dapatkan 10% cash reward) atau boleh hubungi terus Cik Aida - +60 19-762 5861
16 Comments
Lawa besarnya rumah tu. Ada jakuzi paling syiokkk tu! Mak Pak yang over nanti. HAhaa..
. Sbb suka g vuti dgn family ramai2..
How to deal with markets ups and downs?