Kekal Segar dan Harum dengan Althea X Titi Kamal Body Mist


Minggu lepas huda dapat suprise box dari ALTHEA. Kali ini huda excited lebih  sikit sebab huda memang mencari body mist baharu untuk kegunaan harian. Maka bila huda dapat sebotol body mist eksklusif dari ALTHEA yang jauh terbang dari Korea ke Kuala Terengganu, seperti impian tertunai! Alhamdulillah. Murah rezeki sangat tahun ini. 


Althea's FIRST celebrity collaboration bersama artis Indonesia yang terkenal sebagai movie star dan penyanyi iaitu Titi Kamal. 

Apa keistimewaan Stay Fresh Body Sparkling Mist? 


ALTHEA  bekerjasama dengan sangat rapat dengan Titi Kamal untuk menghasilkan produk ini kerana minatnya terhadap trend kecantikan di Asia Tenggara dan semangatnya untuk memahami apa yang dikehendaki oleh pengguna. 

 Stay Fresh Body Sparkling Mist merupakan  lightweight body fragrance  dengan buah kegemaran Titi Kamal dan aroma bunga: Orange, Peach, dan Rose. 

Kombinasi aroma yang menyegarkan ini akan memberi anda perasaan baru yang anda perlukan untuk memulakan hari pada waktu pagi. 


Cara Penggunaan Stay Fresh Body Sparkling Mist

Selepas mencuci badan, semburkan produk ini dengan ringan pada badan sebelum keluar. Bawa produk ini ke mana-mana dan semburkan sekali-sekala sesuai dengan gaya hidup anda.

Botol yang bersaiz 100 ml ini boleh dimuatkan dalam beg tangan atau perjalanan anda supaya anda sentiasa bersedia untuk berbau segar dan harum. 

Dapatkan sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist dengan harga RM 35.00 sahaja di laman web rasmi ALTHEA . Klik untuk shopping hari ini juga! >> https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist

 #TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea.

Post a Comment

0 Comments