Keindahan Dunia Magikal Whimsical Christmas di Alamanda Shopping Centre


The Arifs Nikmati keindahan Dunia Magikal Whimsical di Alamanda Shopping Centre. | Assalammualaikum, Salam Hujung Minggu! Hari ini huda nak kongsikan pengalaman menarik anak-anak huda iaitu The Arifs di Dunia Magikal Whimsical, Alamanda Shopping Centre. The Arifs dah cakap banyak kali nak tengok pokok krismas. Setiap bulan Disember, huda akan bawa anak-anak nikmati keindahan dekorasi perayaan Krismas di shopping mall . Pada minggu lepas, huda sempat berkunjung ke Alamanda Shopping Centre dan sangat teruja dengan dekorasi Krismas yang bertema kan Whimsical Christmas. Bukan sekadar dekorasi yang cantik sahaja, namun di Alamanda Shopping Centre keseronokkan anak-anak pasti berganda dengan pelbagai aktiviti menarik. Jom huda kongsikan dengan semua tentang apa yang menarik sepanjang Whimsical Christmas Alamanda Shopping Centre. 

Keindahan Dunia Magikal Whimsical Christmas di Alamanda Shopping Centre. 


Saat melangkah ke Alamanda Shopping Centre, The Arifs sangat teruja melihat dekorasi perayaan krismas yang mempesonakan. Dengan Tema “Whimsical Christmas”, Centre Court Alamanda Shopping Centre telah berubah menjadi sebuah Bandar yang menakjubkan, dihiasi pokok krismas dengan hiasan berwarna-warni. Terdapat juga sebuah rumah kaca yang bersalji. “Whimsical Christmas” ini dijaga oleh tentera Nutcracker berwarna-warni di segenap ruang. Dekorasi yang sangat cantik yang buatkan setiap pengunjung akan berhenti untuk bergambar bersama keluarga tersayang. 





Shopping & Tebus Hadiah Menarik 


Mystery Gift Vending Machine 

Krismas adalah masa untuk berbelanja untuk persiapan menyambut hari perayaan dan juga membeli hadiah untuk yang tersayang. Jom shopping di Alamanda Shopping Centre sehingga 2 Januari 2019 untuk tebus hadiah misteri yang menarik. Anda hanya perlu berbelanja RM650 dan ke atas ,maksimum dalam 2 resit berasingan di kedai-kedai di Alamanda Shopping Centre ( kecuali Aeon Big, Parkson, Cold Storage, Service Outlets and Centre Court promotions) 

Kempen Kemanusiaan Bersama Hospis Malaysia “Speak Up There’s an Elephant in the Room” 


Keindahan dunia magikal Whimsical Christmas Alamanda Shopping Centre bertambah berseri dengan berkongsi kegembiraan bersama golongan yang kurang bernasib baik. Alamanda Shopping Centre bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” untuk mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga. 

Para pengunjung digalakkan untuk menyokong dengan menyumbang RM 15 kepada kempen dan sebagai ganjaran, mereka akan mendapat tanda penghargaan daripada Alamanda Shopping Centre. Tambahan pula, pengunjung boleh menyumbang RM 15 untuk penyertaan anak mereka dalam aktiviti lukisan muka dan lengan. Jadi, anda boleh memilih antara ada dua pilihan, sama adan menderma terus atau bayar untuk lukisan muka dan lengan. 

Kempen “Speak Up There’s an Elephant in the Room” telah dilancarkan pada bulan Oktober dengan “Cik Gajah” patung gajah bersaiz bayi hidup, sebagai maskotnya. Terdapat sepuluh “Cik Gajah” yang dibuat untuk kempen dan masing-masing telah diguna pakai oleh konglomerat termasuk Alamanda Shopping Centre 




Persembahan Istimewa –Whimsical Christmas 


Tidak lengkap jika berkunjung ke Alamanda untuk menikmati keindahan dekorasi krismas ini tanpa melihat persembahan menarik. Anda boleh rujuk jadual persembahan di atas, dan jangan lepaskan peluang sama-sama memeriahkan Whimsical Christmas di Alamanda Shopping Centre. 



Aktiviti Hujung Minggu VKids 



Kemeriahan Whimsical Christmas di Alamanda bertambah seronok dengan adanya pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda ketika hujung minggu antaranya Sand Art Workshop, DIY Snow Globe Workshop dan Christmas Coloring Activity. 


Jom bawa keluarga tersayang berkunjung ke Alamanda Shopping Centre menikmati keindahan Whimsical Christmas di sini. Kempen ini bakal berakhir 2 Januari 2019. 

Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini ,layari 


Follow social media Alamand Putrajaya 









2 comments:

  1. cantik orang salji dalam bekas tu. makin berganda keseronokan buat yang menyambut perayaan ni.

    ReplyDelete