10 Produk Wishlist Huda di Althea - 10 Produk untuk 10 Steps Korean Skin Care
Produk #1 - Oil Cleanser
Produk #2 - Foam Cleanser
Pembersih berasaskan air ini digunakan ke atas kulit yang basah untuk menghilangkan kekotoran seperti peluh dan kotoran. Selepas pembersihan dua kali (pertama dengan minyak kemudian dengan buih), maka tidak ada sedikit kotoran yang akan ditinggalkan untuk menghalang kesihatan kulit.
Teringin nak guna produk , teruja tengok warna merah dan juga kandungannya yang 100% Real Canberry! Unik sangat.
Produk #3 - Exfoliate/Peeling
Produk #4 - Toner
Selepas membersihkan begitu banyak kali, kulit wajah berada dalam keadaan "fragile" . Toner bertindak sebagai preparation untuk kulit wajah, maka ia akan menyerap rawatan berikut dengan lebih baik.
Produk #5 - Essence
Produk seterusnya adalah essence , di mana ianya merupakan " heart of Korean skin care" .
Huda teringin nak gunakan essence dari Laneige- Time Freeze Essence . Produk ini mempunyai teknologi Skin Fit Up yang berfungsi memelihara kulit , meningkatkan keanjalan dan kesan awet muda. Ia juga mengandungi asid hyaluronik dan bahan-bahan lain yang mencerahkan kulit.
Produk #6 - Serum
Langkah ke 6 dalam korean skin care routine adalah penggunaan serum. So dalam wishlist huda , nak beli Innisfree Green Tea Seed Serum. Dalam produk ini ada Green tea extract yang kaya dengan amino acids dan minerals yang memastikan kulit kekal lembab dan segar. Ia juga mengandungi Green tea oil yang memberi kesan berganda . Moisturizing effect akan terasa dengan kulit yang lembut dalam tempoh masa yang lama.
Produk #7 - Mask
Seterusnya untuk kekalkan kelembapan kulit , nak juga beli sleeping mask dari Huxley - SECRET OF SAHARA SLEEP MASK GOOD NIGHT . Ia mampu mencerahkan kulit bila bangun tidur keesokan hari. Produk ini juga mempunyai kesan antioxidant yang terbaik sebab mengandungi Opuntia Ficus-Indica Extract, Seed Oil, Hyaluronic acid and Antioxidant Complex element
SECRET OF SAHARA SLEEP MASK GOOD NIGHT
Produk #8 - Eye Cream
Huda sebelum ini tak pernah lagi gunakan kan eye cream. Jadi untuk lengkapkan 10 Steps Korean Skin Care, huda nak beli eye cream. Huda pilih Laneige's Perfect Renew Firming Eye Cream. Semoga selepas menggunakan eye cream ni, lingkaran gelap bawah mata ni akan beransur hilang.
Produk #9 - Face Cream / Moisturizer
Step yang kesembilan dalam rutin skin care korean adalah pengunaan Face cream atau moisturizer. Ada banyak pilihan mositurizer di website Althea, tapi yang huda teringin sangat nak cuba adalah Innisfree Green Tea Balancing Cream . Selain kebaikan green tea , face cream ini juga ada Tangerine peel extract yang mempunyai antibacterial properties . Tambahan ada Prickly pear extract yang membantu mengembalikan keanjalan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
Produk #10 - Sunscreen
Last but not least, wajib penggunaan sunscreen sebelum keluar rumah. Memang penting tau step terakhir dalam korean skin care routine ni! Huda nak beli Innisfree’s Perfect UV Protection Cream Triple Care, 3-in-1 sunscreen . Gabungan sunflower oil dan Jeju green tea extracts, sunscreen ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan lembab , dan juga mengawal minyak. Selain itu ada juga anti-aging dan brightening properties. Best kan?!
Semoga wishlist huda nak ada kesemua 10 produk ini tercapai. Bolehlah huda amalkan 10 Steps Korean Skin Care lepas ni, nak juga kulit cantik dan flawless macam artis korea.
Jom dapatkan produk kecantikan Korea dari ALTHEA. Penghantaran dari korea terus ke depan pintu rumah anda! Klik >> https://my.althea.kr
0 Comments