Yeay Adik dah Tak Nangis Lagi Bila Potong Rambut


Tarikh semalam 18.11.18 , mama akan ingat sampai bila-bila sebab anak bongsu kesayangan mama ni dah unlock satu milestone dalam hidup. Semalam mama papa tekad bawa adik potong rambut dan duduk sendiri, tak de dah mama atau papa kena pangku time potong rambut.


Muka sebelum potong rambut.. Mama tahu adik nervous..hehe


Tengok cermin, dan nampak mama tengah bagi semangat kat adik supaya relax..Tenang.. Sambil tu asyik puji adik hebat.. 


Yeay , dah nak siap! Adik memang cool!


My handsome boy. 


Alhamdulillah, untuk pertama kali dalam hidup, adik tak menangis time potong rambut. Adik dah dapat atasi rasa takut dengan bunyi mesin potong rambut tu. Mama sangat-sangat lega...

Pelik...tengok adik dah tak nangis...apesal mama pulak yang rasa nak nangis ni??

Sebak... bila tengok anak mama ni dah besar. Lagi sebulan lebih lagi adik nak masuk tadika. Pagi-pagi weekdays mama pasti akan berubah tanpa adik minta itu-ini..ajak main..ajak makan...

Mama bangga sangat semalam tengok adik, cool jer duduk diam. Kalau tak, sebelum ni melalak menangis, macam kena pukul, dan over sangat reaction sakit bila kena potong rambut tu. Memang malu jer setiap kali pergi barbershop.

Alhamdulillah, adik kini dah besar. Bukan kanak-kanak kecil yang takut pada mesin potong rambut lagi. Mama sangat-sangat bersyukur, dapat tengok anak mama membesar depan mata..Unlock satu demi satu achievement dalam hidup. Mama bangga bila adik dapat kawal emosi takut..semoga lepas ni adik dapat unlock perasaan gayat pulak yer. Mama ni dah gatal nak berjalan dan bawa adik ke tempat tinggi pula.

Okay. lagi few days mama reward adik sebab jadi good boy dengan pergi tempat favourite adik iaitu HOTEL. Mama pun excited nak pergi bercuti ni..hehe..

Planning cuti sekolah ni, banyak tempat nak pergi, first lokasi belah pantai timur, kemudian next ke selatan lepas tu ke utara pulak. Fuh... Kita cuti puas-puas yer sebelum kena pergi sekolah next year!







Post a Comment

0 Comments