Seminar saham yang pertama kami hadiri sama-sama. Biasa huda sahaja yang join, suami jadi Mr Mama jaga The Arifs. Hujung minggu lepas, The Arifs stay di rumah atok diorang, dapatlah kami pergi seminar berdua.
Seminar kali ini di sampaikan oleh dua orang analyst dari Maybank yang sangat berpengalaman dan mereka juga yang menghasilkan report analisa saham dari Maybank yang huda terima setiap hari bagi memberi trading idea. Mereka adalah expert fundamental analyst dan expert technical analyst .
Sesi pertama , kami semua belajar tentang fundamental analysis iaitu bagaimana membaca laporan kewangan syarikat. Sesi pertama di sampaikan oleh Tee Sze Chiah, Head of Retail Research Maybank Investment Bank
Sesi kedua pula , kami semua belajar tentang teknikal analysis iaitu bagaimana membaca graph dan membuat analisa dengan menggunakan pelbagai indikator. Sesi kedua di sampaikan oleh Tun Nik Ihsan , Analyst Maybank Investment Bank dan juga President Malaysia Association of Techical Analysis ( MATA). Sesi kedua ni memang favourite huda, dah la Tuan Nik Ihsan yang sampaikan speech pun semangat bercerita. Tak puas rasanya dengan masa yang singkat.
Banyak sangat ilmu yang huda dapat. Semoga segala ilmu perlaburan saham yang huda dan suami timba hari ini dapat membantu kami mencapai target dan menjadikan kami pelabur yang berdisiplin.
2 Comments