Review Filem Operasi X



Filem Operasi X merupakan filem terbaru 2018 yang bermula ditayangkan pada 1 November 2018. Filem ini bergenre Action/Crime yang berdurasi 110 minit . Filem Operasi X ini terbitan Dream Pictures Production dan arahan Sandosh Kesavan.  Korang boleh baca review trailer Filem Operasi X DISINI. 


Jom baca review huda tentang Filem Operasi X yang baru huda tonton beberapa hari lepas. Huda tonton di satu-satunya wayang yang ada di Kuala Terengganu ni iaitu LFS di PB Sentral. Harga tiket dewasa RM11.00 dan sebab huda order online kena caj RM1.00 .




Plot Filem Operasi X 


Filem yang santai dengan plot cerita yang mudah di fahami dan sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat. 

Filem ini bermula dengan kisah ASP Redzuan lakonan Dato’ Aaron Aziz yang membawa diri ke sebuah pulau untuk mencari ketenangan. Beliau teramat kecewa selepas kematian rakan setugas beliau yang ditembak mati. ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya dan hidup seperti orang biasa. Di pulau tersebut, beliau jatuh cinta dengan Cikgu Ayu lakonan Hanna Aqeela. Pada plot awal ada kisah cinta mereka yang baru berputik. 

Namun, ASP Redzuan di panggil kembali bertugas selepas di arahkan olehDato’ Mokhtar lakonan Dato Yusuf Haslam dan DSP Anwar lakonan Rahhim Omar dari Bukit Aman. Demi menumpaskan penjahat iaitu Belut, lakonan Dato’ Awie. 

Penceritaan filem ini terus berkembang dengan tertubuhnya team Operasi X yang terdiri dari ejen-ejen yang di rekrut khas oleh ASP Redzuan dengan kepakaran masing-masing. Antaranya watak Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri lakonan Hairul Hazreen, Janggut si hacker lakonan GBob , Nash pakar penyamaran lakonan Nashra, dan Ali Mat pemandu handalan lakonan Hefny Sahad . 


Ada sedikit twist di dalam plot filem ini di mana orang kanan Belut, iaitu Badshah lakonan Nasir Bilal Khan menjadi duri dalam daging yang merancang menjatuhkan Belut. 

Plot semakin menghampiri penghujung bila Badshah dibunuh oleh Belut, dan Cikgu Ayu di culik sebagai tebusan oleh Belut untuk mengumpan ASP Redzuan. 

Mesti korang perasaan di trailer Filem Operasi X ada efek CGI (computer-generated imagery ) bom meletup kan? Nak tahu cerita di sebalik incident ni , korang haruslah kena tonton sendiri. Tak best la huda cerita ending filem ni kan.. 

Apa yang best tentang Filem Operasi X? 


Huda paling suka part Dato’ Awie , cara lakonan yang bersahaja dan ada elemen lawak menjadikan filem ini sangat menghiburkan. 

Cinematography Operasi X yang GEMPAK! 

Dari segi cinematography pula sangat gempak, memang hebat lah untuk filem Melayu. Good job team cinematography untuk filem Operasi X. 


OST Filem Operasi X 

Didalam filem ini, OST dinyanyi kan oleh Dato’ Awie yang boleh tahan sedap jugak. 


Apa yang kurang best tentang Filem Operasi X? 


Sound –effect Filem Operasi X 

Terlalu banyak sound effect yang rasanya terlalu over dan tidak kena dengan scene. Memang rasa macam filem aksi Tamil. ( Mujur huda tak bawa The Arifs pergi tengok sebab anak-anak memang tak suka bunyi kuat dan bingit) . 
Huda faham kenapa ada unsur-unsur filem Tamil sikit dalam bab aksi dalam filem Operasi X ini mungkin sebab pengarahnya. 

Berapa bintang untuk Filem Operasi X? 

Huda bagi 3 bintang dari 5 bintang! 
Semoga industri filem Melayu dapat berkembang dan setaraf dengan filem aksi hollywood satu hari nanti. 



Post a Comment

1 Comments

Julia Johari said…
Oh ada sound effect kuat mcm Tamil ye...boleh bayangkan mcm mana tu hehe...mungkin mereka nak mewarnai dunia perfileman...lain dari yang lain...nampak pelakon senior ramai tu.