Review Althea Milk Peel Cream Mask


Happy Monday! Pagi Isnin ni mood kena happy tau, permulaan minggu kan, kena la dimulakan dengan aura positif! Ada banyak "source of happiness" dan antara nya adalah dengan manjakan diri dengan pakai mask di muka. Muka fresh dan bersih, ringan jer mulut nak mengukir senyuman. Hari ni huda nak kongsi mask muka terbaru , semestinya jenama favourite huda iaitu ALTHEA.

Althea Milk Peel Cream Mask



Ini dia, mask yang huda guna, produk terbaru dari Althea yang diberi nama Milk Peel Cream Mask. Mula-mula huda baca label, milk cream mask?? Rare ni..tak pernah jumpa sebelum ni.

Best ke tak yer pakai cream mask yang bersusu ni?? Memang curious sangat nak tahu masa dapat parcel dari Althea minggu lepas.


Huda sangat suka dengan reka bentuk Althea Milk Peel Cream Mask  yang praktikal kerana saiz yang mudah dipegang dan di datang kan dalam bentuk pump macam ni. Sangat bagus untuk mengawal berapa banyak kuantiti yang nak guna dan juga lebih hygienic.


Try picit sikit, keluar tekstur creamy yang berwarna putih susu. Pada awalnya tekstur bersifat seperti clay ( tanah liat ) . Kemudian selepas beberapa saat ia direct contact dengan kulit, tekstur berubah menjadi bubbles yang sangat halus, sebiji macam 'whipped cream' .. ( Tetiba teringat kat iced chocolate yang ada whipped cream atas tu..sedap yer!)



Jom kita tengok apa sebenarnya yang terkandung dalam Althea Milk Peel Cream Mask.


Althea Milk Peel Cream Mask
  • Diformulasikan dengan AHA & BHA jadikan kulit cerah, halus, lembab. 
  • Kaolin pula membantu proses detox, menyingkirkan kotoran yang tersumbat dari pori.



Keistimewaan produk ini ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu kulit untuk kekal lembab sepanjang hari.


Kerana mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila di urut pada kulit ia mampu membersihkan liang-liang yang lebih dalam di wajah. Best kan?

Produk ini juga cruelty-free!

Cara penggunaan Althea Milk Peel Cream Mask

Basahkan wajah dengan sedikit air.

Pam sedikit mask dan sapu seluruh wajah urut sampai terhasil foam halus... Then bilas dengan air suam lepas 30-60 saat.

Kemudian korang akan rasa kulit muka lembut, wangi dan bersih!

Harga Althea Milk Peel Cream Mask


The Milk Peel Cream Mask kini boleh didapati di Althea.kr pada harga 10% diskaun untuk RM32 (harga normal RM36.00).
.
ℹUntuk maklumat lanjut tentang produk, sila lawati halaman produk >>> >> https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Honest Review - Althea Milk Peel Cream Mask

Packaging 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 / 5
Quality ( effect on skin)  🌟 🌟 🌟 🌟🌟 /5
Price  🌟 🌟 🌟 🌟🌟 /5

Jadi, huda strongly recommend korang semua, dapatkan produk terbaru Althea ini dengan harga

jimat sebab sekarang tengah diskaun dan juga FREE SHIPPING untuk kesemua produk ALTHEA Exclusives dengan masukkan CODE: PBSHIP

Jom shopping di Althea Korea dan manjakan diri sendiri! Shopping beauty stuff always make women happy! Stay beauty, stay happy girls!

Post a Comment

3 Comments

Wow produk terbaru dari althea ni
Mellya Musa said…
heheh tak sabar nak try !