Perancangan Bercuti ke Bangkok lebih Mudah dengan Bangkok Tour Packages



Hari ini cek kalendar, counting days nak cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu lagi. Korang dah plan nak bercuti ke mana ke nanti? Huda plan nak bawa anak-anak bercuti di Bangkok Thailand. Ini semua sebab banyak betul kawan-kawan share makanan Thai yang sedap-sedap di newsfeed facebook. Sambil huda nak penuhi craving nak makan makanan Thai yang unik di Bangkok, boleh bawa anak-anak teroka tempat-tempat menarik di Bangkok.


5 Aktiviti Menarik Bersama Keluarga di Bangkok 


Kali pertama huda nak ke Bangkok bawa anak-anak, jadi huda perlu siapkan perancangan sebaiknya. Huda ada buat research di Google tentang tempat menarik di Bangkok yang “ family friendly” . Huda decide nak buat lima aktiviti yang menarik bersama keluarga di Bangkok antaranya : -

#1- Jalan-jalan cari di Bangkok Halal Food Street


Aktiviti first mestilah nak penuhi craving nak makan juadah unik yang berada di Thailand. Kami sekeluarga memang suka makan!

#2 Menikmati Thailand’s First 4D Theatre dengan menerokai virtual underwater world di SEA LIFE Bangkok Ocean World Seterusnya, nak spend family time di SEA Liife Bangkok Ocean World. Anak-anak huda memang suka sangat tengok ikan, confirm diorang enjoy datang sini dengan mencipta pengalaman baru dengan menonton 4D Teater ikan. 



#3 Bergambar dengan patung lilin di Madame Tussauds Bangkok. Lokasi menarik dan unik yang wajjib singgah di Bangkok adalah Madame Tussauds Bangkok. Boleh feeling amik gambar dengan artis terkenal dan orang ternama di dunia. 




#4 Menikmati keindahan bunga matahari di Saraburi Sunflowers 

Dah puas berjalan di tempat menarik yang di dalam bangunan, next berjalan menikmati keindahan alam semulajadi dengan menghirup udara segar dan permandangan yang mendamaikan di Saraburi Sunflowers




#5 Suka ria di Asiatique The Riverfront 

Tak lengkap percutian ke Bangkok kalau tak pergi shopping dan menikmati kemeriahan malam di Asiatique The Riverfront.



Perancangan Bercuti  ke Bangkok lebih Mudah dengan Bangkok Tour Packages

Lokasi nak bercuti dah tahu, aktiviti menarik nak buat bersama-sama keluarga pun dah tahu, sekarang masa untuk survey Bangkok Tour Packages yang paling berbaloi. 


Huda excited nak kongsi dengan korang ni, Traveloka kini dah update ciri-ciri terbaru iaitu Traveloka, Flight + Hotel pakej. Huda ni setiap kali travel ke mana-mana memang booking hotel dengan Traveloka. Bila adanya tawaran Bangkok Tour Packages di Traveloka ni memang rasa lega sangat. Perancangan percutian ke Bangkok lebih mudah dengan Bangkok Tour Packages yang termasuk tiket flight dan hotel sekali. Pastinya harga jimat dan berbaloi sangat-sangat!




Mudah sahaja nak dapatkan senarai harga hotel sekali dengan flight. Boleh rujuk cara tempahan seperti berikut : - 

Cara Menempah Penerbangan + Hotel di Traveloka : 

1) Cari Penerbangan + Hotel : Langkah pertama sekali isikan butiran carian yang lengkap . 

· Masukkan lokasi penerbangan ( departure / arrival) . 

· Masukkan tarikh penerbangan. Klik Return Date untuk menempah penerbangan pergi dan balik. 

· Masukkan details bilangan penumpang 

· Pilih kategori seat dalam kapal terbang. 

· Masukkan details untuk tempahan hotel 




2) Pilih Pakej Kombinasi: Di halaman hasil carian tu, ada paparan pelbagai pilihan pakej kombinasi penerbangan dan hotel. Korang boleh pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang korang rasa sesuai dengan budget dan hotel yang terbaik dengan rujuk berapa bintang hotel , review dari Traveloka dan juga TripAdvisor. Klik hotel dan room details untuk ketahui lebih lanjut tentang hotel.

3) Ubah Kombinasi : Jika korang nak ubah kombinasi, klik Change Flight untuk ubah masa penerbangan, dan klik Change Room untuk ubah pilihan bilik di hotel. 

4) Tempah Penerbangan + Hotel : Semak ringkasan perjalanan dan klik PILIH untuk teruskan. Isi butiran lengkap setiap ahli keluarga seperti nama penuh dan no kad pengenalan. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat yer sebelum klik butang “ Continue” 


5) Pembayaran : Seterusnya pilih kaedah pembayaran melalui kad kredit atau kad debit, atau direct online banking dan juga boleh bayar cash atau installment. Setelah transaksi berjaya, e-tiket dan baucer akan dihantar ke email.




Memang terbaik, booking tiket flight bersama hotel terus melalui Traveloka yang boleh di akses melalui computer dan android apps . Terbukti boleh jimatkan budget travel kami sekeluarga. Penjimatan sehingga 11.5% . Mudah sangat tempahan tiket penerbangan dan hotel , dengan pilihan yang fleksible . Korang bebas nak pilih nak naik airlines apa dan hotel mana yang stay. Pilihan nak bayar pun bebas juga, boleh bayar menggunakan kad, online banking , cash dan juga pelan installment 0% .

Korang yang tengah merancang nak bercuti tu, cepat-cepat grab promosi terkini Traveloka. Ada promosi best jika korang tempah penerbangan dan hotel sekaligus! Masukkan Kod kupon “ TWOGTHER” dan berpeluang jimat sehingga RM70! Promosi ini sehingga 15 November 2018 sahaja!!



Jom kita holiday hujung tahun bersama keluarga tersayang! 
Jom kita berTraveloka. 


KLIK >> https://www.traveloka.com/en-my/packages untuk tempah penerbangan dan hotel hari ini juga! 




Post a Comment

8 Comments

menariknya Bangkok.. x smpai thai lg nih
Dura Norell said…
Bestnya klo dpt bawa anak2 bercuti di Bangkok 😄
diaripink said…
Bestnya ada pakej mcm ni. Senang nak melancong
Cik Puan Ena said…
Kenapa semuanya best. Patutla ramai suka pergi thailand kan.
Ai said…
Nak pergi sunflower garden tu.
mas saari said…
Banyak diskaun ni, best!
Murni Alysa said…
Murni pon teringin nak ke Bangkok..nanti nak kena godek2 juga web Traveloka ni.
Nadia Johari said…
teringin nak ke bangkok..guna traveloka package kombo ni bagus ni