Operasi X- Filem Terbaru Dream Pictures Production Tahun 2018 - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Operasi X-  Filem Terbaru Dream Pictures Production Tahun 2018

Operasi X- Filem Terbaru Dream Pictures Production Tahun 2018

Share This

Mood hujung minggu ini rasa nak layan filem terbaru 2018 di panggung wayang. Lepas survey-survey nak tengok cerita apa, tertarik pula nak tonton Filem Operasi X , terbitan Dream Pictures Production. 

Jom huda ajak korang layan trailer dulu sebelum kita terjah tengok filem ni kat wayang hujung minggu ni. 

Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!




Awal-awal tengok trailer ni, nampak Awie macam watak antagonist dalam cerita hindustan pulak. nampak pula ada Datuk Yusuf Haslam. Wah konfem filem ni GEMPAK!!  Pastu , ada pelakon hensem idaman malaya iaitu Aaron Aziz. Beliau memang power bawa watak hero ni.
Ada juga babak yang menggunakan teknologi CGi, dah macam filem hollywood dah rasa lepas tonton trailer Filem Operasi X.

Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?




Operasi X merupakan sebuah filem Malaysia 2018 arahan Sandosh Kesavan. Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar.

Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.


Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hal-hal yang dekat di hati yang menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Baca sinopis Filem Operasi X ni pun huda rasa filem ni boleh jadi Filem Terbaik 2018.

Okay, tak sabar nak pergi tengok esok kat wayang! Nanti lepas tonton filem Operasi X, huda akan kongsi dengan korang semua review filem ni yer! Stay Tuned!!

Follow laman sosial Filem Operasi X
Instagram : https://www.instagram.com/operasixthemovie/
Facebook : https://www.facebook.com/operasixthemovie/

1 comment:

Post Bottom Ad

Pages