Lunch di Aida's Nasi Ayam di Kuantan Megamall

Kembali mengimbau kenangan lebih sepuluh tahun lepas di Kuantan… Sebelum ni huda dah kongsi pengalaman bawa anak-anak tonton wayang di GSC Megamall. Selepas habis jer menonton filem, kami semua terus melangkah keluar menuju ke kedai nasi ayam Aida yang terletak di sebelahan GSC Megamall. 


Kedai makan ini masih sama seperti dulu. Cuma ia tidak meriah seperti dulu. Saingan shopping complex yang baru berdekatan Megamall ni punca lokasi ini kelihatan sedikit suram berbanding dahulu. Teringat waktu dulu-dulu, nak dapatkan meja pun susah, kena beratur dan menunggu. 

Tapi masa huda pergi sini minggu lepas, meja kosong banyak walau waktu tu hujung minggu, di cuti sekolah. Tanpa membuang masa, huda terus dapatkan meja dan order nasi ayam 3 set. Harga masih sama kot, huda pun tak ingat. Total yang huda bayar untuk 3 set nasi ayam RM16.50. Kami minum air sejuk jer. Huda memang didik anak-anak kurangkan ambil minuman bergula walau makan di luar. Cukuplah kalori dalam makanan, tak perlu tambah kalori dalam minuman ( sekali sekala jer bagi anak-anak order air manis) 

Bila sampai jer nasi ayam ke meja kami, huda ambil gambar dulu,buat kenangan dan tulis di blog. Tengah focus ambil gambar, ada staff yang offer diri untuk amik gambar kami sekeluarga. Alhamdulillah…. 


Alhamdulilah, kenyang kami semua makan nasi ayam yang sedap di sini. Sambalnya pedas dan kuah kicap yang pekat, memang terbaik! Perut yang lapar lepas tonton wayang tadi dah kekenyangan lepas makan nasi di Aida. 

Wishlist nak jalan-jalan Kuantan dan makan di sini tercapai. Siap jer makan, kami semua terus bergerak pulang ke Kuala Terengganu… 

InshaAllah, tahun depan jika ada murah rezeki dan kelapangan akan datang ke sini lagi.

Post a Comment

1 Comments

sitirohaida said…
uih..menyelerakan betul nasi ayam tu...terus rasa teringin nak pi cari nasi ayam tau..hehehe