Family Movie Time- Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2 - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Family Movie Time-  Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2

Family Movie Time- Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2

Share This
Hujung minggu lepas kami sekeluarga luangkan masa bersama dengan menonton wayang di GSC Kuantan Megamall. Walaupun, Kuantan sekarang sangat berbeza dengan 10 tahun lepas, dengan shopping mall baru yang lebih gah seperti Kuantan City Mall dan East Coast Mall, kami tetap memilih untuk menonton wayang di GSC Megamall. Sebab utama, trip ke kuantan kali ni, memang mood back to memory lane, so harus lah jejakkan kaki semula ke tempat favourite kami lepak masa muda mudi dulu, hehe.. Lagi pun, kami dapat jimat duit tiket wayang dengan harga RM8.00 sahaja seorang! 



Few days sebelum bercuti ke Kuantan, Huda sudah beli tiket secara online dan tempah e-combo popcorn melalui ats talian sahaja. Jadi sampai Megamall, tak perlu beratur untuk pembelian tiket dan popcorn. Kami sampai agak awal, dan dapat parking betul-betul depan pintu masuk Megamall. Sepanjang bertahun-tahun duduk di kuantan, tak pernah langsung dapat parking di depan mall. Nampak sangatkan orang ramai dah kurang datang ke sini. 

Review Movie :Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2


Ralph Breaks Internet adalah filem komedi animasi komputer 3D Amerika 2018 yang dihasilkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Ia adalah keluaran kedua filem siri Wreck-It Ralph dan sekuel filem Wreck-It Ralph 2012.

GENRE: Adventure / Animation / Comedy

RUNNING TIME: 112 Minutes

Plot Movie : Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2
Selepas enam tahun menyelamatkan permainan Sugar Rush dari dendam Turbo, Wreck-It Ralph dan Vanellope von Schweetz masih sahabat baik yang habiskan masa bersama setiap malam selepas bekerja di Litwak's Family Fun Center and Arcade. Walau bagaimanapun, enam tahun menjadi pelumba di Sugar Rush membuatkan Vanellope merasa bosan dengan trek yang mudah. Satu hari Ralph cuba mengejutkan Vanellope dengan trek tersembunyi baru di Sugar Rush. Vanellope melalui trek tersebut tetapi melawan kawalan pemain menyebabkan stereng pada konsol tercabut! 

Encik Litwak tidak mempunyai pilihan selain untuk membuang permaian Sugar Rush kerana syarikat yang membuat alat permainan ini sudah tutup tahun lalu. Maka Vanellope dan rakan-rakannya dari Sugar Rush kehilangan tempat tinggal.

Selepas perbualan dengan Fix-It Felix Jr di Tapper, Ralph memutuskan untuk meneroka bersama Vanellope menerusi router Wifi yang baru dipasang ke Internet untuk mencari dan membeli stereng baru untuk Sugar Rush dari eBay. Kedua-duanya mengikuti avatar Litwak dan bertemu KnowsMore, enjin carian yang menunjukkan mereka ke arah eBay. Ralph dan Vanellope berjaya memperoleh stereng menerusi lelongan di eBay, tetapi mereka tidak mempunyai wang untuk membuat pembelian! Mereka hanya ada masa 24 jam untuk mengumpul duit jika tidak stereng Sugar Rush akan jatuh ke tangan orang lain.

Selepas berunding dengan pengiklan pop-up bernama Spamley, Ralph dan Vanellope meneroka permainan dalam talian yang popular, Slaughter Race, untuk mencuri sebuah kereta berharga yang mereka boleh jual. Namun usaha mereka berdua untuk mencuri kereta tidak berjaya! 

Plot filem ini terus berkembang dengan satu demi satu cabaran yang harus Ralph dan Vanellope tempuh demi dapatkan wang. 

Pertemuan Vanellope dengan Puteri Disney telah mengajarinya tentang pentingnya mencari dan mengejar impian seseorang melalui lagu. Ia memberi inspirasi kepadanya untuk kembali ke Race Slaughter.


Di saat, Ralph berjaya memperoleh wang untuk membuat pembelian stereng Sugar Rush di eBay, Vanellope pula mula menghilangkan diri dan mengejar impiannya. 


Bermulalah, episod persahabatan yang menyayat hati... Adakah Vanellope akan terus tinggal di Slaughter Race atau ikut Ralph pulang ke Sugar Rush? 


Nak tahu apa pengakhiran persahabatan Ralph dan Vanellope , korang kena la tonton yer filem ni. Serius best! Penuh emosi.



Pengajaran  : Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2

Dari filem ini, ada banyak moral of the story atau pengajaran yang boleh kita ambil. Antaranya, dalam hubungan persahatan jangan ada sifat mengongkong. Ia akan membuatkan kawan kita semakin jauh dengan kita. Kena banyak toleransi dan biarkan sahabat kita kejar impian mereka. Walau berpisah sejauh mana pun , persahabatan yang sejati akan kekal selamanya. 

Dalam hidup kejarlah impian kita, buat sesuatu yang buat kita rasa happy dan seronok! Live your life to the fullest! 

Sometime being normal, follow the same path is boring. So, explore more...discover more. Brave to take the risk. 

Honest Review : Ralph Breaks The Internet: Wreck It Ralph 2

 Story Line 🌟 🌟 🌟 🌟 🌟 / 5
Cinematography  🌟 🌟 🌟 🌟🌟 /5
OST  🌟 🌟 🌟 🌟🌟 /5


No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Pages