Family Getaway kali ini special sempena celebrate kejayaan Arif Haikal dapat anugerah pelajar terbaik pada majlis konvokesyen pada penghujung Oktober lepas. Special juga, sebab huda "sponsor" dengan duit hasil kerja sebagai official copywriter di sebuah syarikat di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
Sebelum huda cerita review pasal hotel ni, huda nak share harga bilik di sini. Publish rate huda cek di website eRYAbySuria Merang adalah RM123.38 , dan harga di Booking.Com dan Trivago semua RM100 ke atas. Tapi di TRAVELOKA huda dapat di bawah RM100. Tak percaya? Tengok resit bawah ni : -
Murah sangat kan? Jom huda kongsi pula kemudahan yang ada di dalam bilik dan di sekitar hotel.
Bilik Deluxe King Seafront. Katil king yang selesa dengan view tak berapa nak seafront sangat pun. Jauh jugak lah laut, tak nampak pun dari bilik ni, kena menapak jugak nak ke pantai 5 minit lebih. Dari bilik nampak pasir, dan pokok-pokok jer. Kemudahan asas macam cerek elektrik serta kopi dan teh, peti sejuk kecil (ada dalam kabinet bawah TV) dan almari kayu.
Aktiviti yang boleh dilakukan di eRYAbySuria Merang, Terengganu. Ada hammock , seronok The Arifs ni main. Ada swimming pool dan ada juga aktiviti berkayak, tapi kitorang tak buat sebab cuaca tengah hujan time pergi sini. Ada mini playground untuk anak-anak bermain di kawasan lobby.
Aktiviti wajib kitorang bila holiday resort tepi pantai adalah enjoy view indah matahari terbit. Alhamdulillah, happy sangat dapat enjoy view cantik alam semulajadi ciptaan Allah. SubhanaAllah, Maha Suci Allah.
Lepas puas tengok view sunrise yang cantik, kitorang balik semula ke hotel untuk makan sarapan pagi. Okaylah standard hotel 3 stars, breakfast choice pun ada lah beberapa menu seperti nasi lemak, mee goreng , dan 2 jenis kuih ( cucur sayur dan kuih talam) . Roti bakar dan cereal set pun ada.
Family Getaway di eRYAbySuria Merang, Terengganu kitorang untuk 2 hari 1 malam yang dirancang sudah berjaya dilaksana kan. Review dari huda tentang hotel ni :-
Lokasi : 3 /5
Fasiliti : 3/5
Kebersihan : 2/5
1 Comments