Dinner di Sate Zul, Kuantan



Jalan-jalan cari makan di Kuantan di teruskan lagi. Untuk malam kedua di Kuantan, kami menginap di Vivo Hotel yang terletak hanya beberapa meter dari Sate Zul, Teluk Sisek Kuantan. Jika malam sebelumnya makan seafood di Sara Thai Kitchen, malam kedua ni makan daging ayam pula. 

Mula-mula suami ajak jalan kaki jer dari hotel tapi fikirkan The Arifs ni, better naik kereta jer lah. 

Sebenarnya tak rasa lapar sangat sebab dah makan berat time breakfast di De Rhu Beach Resort. Petang tadi pun dah makan roti boy. Jadi kita makan sate sahaja lah di Sate Zul. 

Huda order 30 cucuk batang sate ayam, 1 set nasi impit dan timun/bawang. Macam biasa, kami minum air kosong sahaja. Total kos makan malam kami di sini adalah RM 34.25

Masa makan kat Sate Zul ni, teringat zaman kami hangat bercinta dulu. Kerap kali juga dating makan malam kat sini. Alhamdulillah, lepas 10 tahun kami datang sini berempat, dulu datang berdua jer....


Selain dari menu utama iaitu Sate, kat sini pun boleh makan nasi dan mee. Maybe next time datang sini nak try nasi lemak ayam kampong dan juga sate terbaru di sini iaitu sate tulang. 

Masa kitorang datang makan sate kat sini, rasa sate yer kering macam overcook pun ada. Kuah kacang kat sini sedap. 

Overall puas hati dinner di Sate Zul, makan sambil throwback kenangan zaman bercinta. How fast time flies… 

Rasa tak puas pulak trip 3 hari 2 malam ke Kuantan ni, haruslah repeat lagi next year! 

( Wishlist nak stay di Hotel Hyatt di Pantai Teluk Cempedak next year! InshaAllah Allah makbulkan )

Post a Comment

0 Comments