Dinner di Sara Thai Kitchen Balok, Kuantan Pahang.




Sehari sebelum huda pergi bercuti ke De Rhu Beach Resort, huda ada google dulu, kedai makan mana yang best untuk kami semua dinner nanti. Dalam hati ni memang nak makan kat Sara Thai Kitchen ,restoren favourite huda masa duduk kat Kuantan dulu. Tapi fikir jauhnya nak drive ke Bandar Kuantan. 

Alangkah happy yer huda, bila huda google dan dapat tahu Sara Thai Kitchen pun ada buka branch di Balok! Lagi bertambah seronok sebab lokasinya hanya beberapa meter sahaja dari De Rhu Beach Resort! Syukur sangat, bila wishlist nak makan kat Sara Thai Kitchen terlaksana. 


Selepas solat maghrib di resort, kami terus gerak ke Sara Thai Kitchen. Agak luas kawasan restoren ni. Selesa dan dekorasi pun menarik.



 Kami datang agak awal sebelum pukul 8, jadi orang pun tak ramai lagi. Staff pun cekap ambil order kami. Jom tengok apa yang huda order ( Suami kata order jer nak makan apa, yeay!!)  . 




Huda order ikan siakap steam asam boi ( sebab ikan steam jenis ni jer yang tak pedas) , kerabu mangga dan set seafood goreng tepung. Seperti biasa kami minum air sejuk kosong jer. Harga untuk semua ni dalam RM68 sahaja. Okaylah, kenyang sangat makan ikan seekor untuk kami 4 orang anak-beranak. 




Kalau korang bercuti ke De Rhu Beach Resort dan cari kedai makan untuk dinner yang sedap, huda memang rekemen korang datang Sara Thai Kitchen. Semua menu sedap, menu-menu makanan Thai macam-macam ada! InshaAllah, next time huda bercuti ke Kuantan nak datang makan sini lagi.

Post a Comment

1 Comments

Julia Johari said…
Dekat sgt dgn kg mertua ju ni huda. Sini mmg best hehe kot nak dtg lg kebetulan juju dkt kg mertua boleh jumpa huda nanti tau. Ingat Balok ingat juju hehe