Dapat Suprise Box Essential Oil Young Living dari Ideoilogy

Happy sangat2 saat unboxing satu demi satu produk dari Young Living ni. Antara produk yang huda dapat adalah Dew Drop Essential Oil Ultrasonic Diffuser, 5 jenis YLEO, Travel Pouch , 1 botol Carrier oil dan juga 3 botol kosong untuk buat mix dengan carrier oil.
Antara jenis Essential oil yang huda dapat. Banyak juga, setiap satu tu ada kegunaannya tersendiri. Nanti huda share yer pengalaman bila huda dah guna nanti

Ini carrier oil iaitu Grapeseed oil, yang huda boleh gunakan untuk campur dengan YLEO. Nanti nak guna direct pada kulit dan bawa travel pun mudah. Huda belum sempat guna lagi. Banyak lagi kena study sebelum huda gunakan YLEO ini. Mujur Dr. Dian dari IDEOILOGY ni sangat-sangat baik dan bantu huda yang first time nak guna YLEO. Biasalah jakun, sebab tak pernah guna. Dulu ada dapat EO brand lain, guna direct jer.
Bahagianya tengok Diffuser Dew Drop ni kat atas meja. Huda selalu guna waktu malam. Suka tengok lampu dan huda boleh pilih nak letak YLEO apa. Wangi dan tenang jer rasa. Dah few days guna ni, baru try dua jenis. Sayang nak guna tau...
Post a Comment