Bercuti di De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang - Pembuka Program Cuti Sekolah untuk Tahun 2018


Perancangan  bercuti yang "tidak rancang" pada awalnya. Seminggu sebelum cuti sekolah, encik suami agak sibuk, dengan tempahan website dan tempahan kalendar 2019 di company beliau BG DESIGN RESOURCES. Huda saja bagi cadangan, kalau penat sangat berkerja , jom la pergi rehatkan minda sekejap dan spend time dengan anak-anak. Kesian anak-anak, asyik tengok mama papanya sibuk memanjang. Encik suami terus setuju tanpa berfikir panjang, dan serahkan bab booking hotel semua pada huda yang memang pakar perihal perancangan bercuti ni.

Setelah huda survey hotel apa nak duduk dan juga harga hotel di pelbagai platform seperti Trivago, Booking.Com dan juga Traveloka, akhirnya huda jumpa hotel yang terbaik dengan harga yang semestinya berbaloi.

Favourite huda tempah dengan Traveloka sebab memang betul-betul jimat! Berkali-kali tempah dengan Traveloka memang tak pernah mengecewakan. Huda hanya bayar RM 145.64 sahaja untuk bilik superior berserta breakfast. Murah sangat compare publish rate.



Hati banyak senang sebab dah jimat, jom kita tengok pula  adakah De Rhu Beach Resort ni mampu buatkan huda dan anak-anak happy?

Review De Rhu Beach Resort 

De Rhu Beach Resort ini terletak di Pantai Balok, Pahang.  Jangka masa perjalanan lebih kurang 3 jam lebih dari Kuala Terengganu.  Kami sampai di lobi hotel, tiada siapa yang sambut. hehe... Hotel ni taraf 3 bintang yer, so jangan gedik-gedik nak expect tinggi-tinggi. Masuk jer pintu lobi, terpesona dengan susun atur perabot dan pilihan warna yang sejuk jer mata memandang. Awal-awal dah rasa aura , mesti resort ni best!



Proses cek in lancar , staff pun cekap. Just bagi nama dan i.c, dalam beberapa minit terus dapat bilik. Bagus! Tak perlu bayar deposit. 



Ini bilik kami, bilik jenis Superior Room. Puas hati dengan saiz bilik yang agak luas dan sangat selesa. Kemudahan lengkap untuk solat, ada mini bar yang sejuk dan ada juga ironing board dan seterika. Bilik yang bersih dan juga bilik air yang bersih. Kami dapat bilik di tingkat bawah dan sangat dekat nak ke parking kereta, ke lobi, ke restoren dan juga dekat nak pergi ke swimming pool. Rezeki sangat, semuanya mudah dah dekat!


Selepas solat asar, kami semua terjah swimming pool. Wah, memang syok swimming pool kat De Rhu Beach Resort ni. Serius kami sangat-sangat puas hati. Anak-anak sakan main air sepanjang 2 hari 1 malam ni di sini.


Antara aktiviti best yang boleh lakukan di sini adalah berenang sepuas hati di swimming pool sedalam 9 kaki. Di De Rhu Beach Resort ni banyak swimming pool, jadi pool yang dalam ni, memang lenggang, syok mandi tak ramai orang. Selain itu boleh naik ATV.  Kalau anak-anak tak nak main air, boleh ajak anak-anak main di playground.  Di awal pagi, huda dan suami berjalan-jalan di tepi pantai menikmati matahari terbit, sambil tu jalan pagi sekeliling resort ni. Damai jer kat sini. Syok! 


Pilihan menu untuk buffet breakfast pun ada macam-macam, dari western breakfast, bubur, pelbagai jenis mee, nasi lemak dan buah-buahan. Rasa makanan pagi di sini, boleh tahan juga sedapnya. 

Overall, kami sangat berpuas hati dengan segala kemudahan dan keselesaan yang kami dapat di De Rhu Beach Resort.  Best juga resort ni, no wonder, masa huda cek in, berderet event family day yang  bakal berlangsung di sini. Mujur huda cek in sehari awal dari program family day tu. 



Honest Review dari huda selepas bercuti di De Rhu Beach Resort ini :- 

Lokasi 🌟 🌟 🌟 🌟  / 5
Fasiliti 🌟 🌟 🌟 🌟 /5
Makanan  🌟 🌟 🌟🌟 /5
Staff  🌟 🌟 🌟🌟 /5

Huda rekemen korang datang bercuti ke De Rhu Beach Resort ni sebab lokasi menarik dan seronok luangkan masa bersama keluarga tersayang. InshaAllah, masa akan datang huda akan repeat lagi datang ke sini! 

Alhamdulillah, pembuka program cuti sekolah 2018 dengan bercuti di Pahang dah terlaksana dengan jayanya. Kita rehat jap kat rumah, lagi seminggu lebih lagi sambung lagi program cuti sekolah ke negeri lain pula. 

Korang pergi bercuti ke mana cuti sekolah ni? 

Post a Comment

1 Comments

Farahin Esa said…
Uishhh.. harga dia sesuai la dengan provided service dia... emm bole cuba nanti kalau ade plan nk bercuti kat kuantan.. rate dia terbaik..