Arif Cabar Mama Papa dengan " 12 hour Challenge"





Hari ini, huda tak boleh stop fikir bila Arif Haikal cabar mama dan papa dengan " 12 Hour Challenge" . Apa benda " 12 Hour Challenge" ?? 


Sebenarnya " 12 Hour Challenge" ini inspirasi Arif Haikal dapat lepas tonton channel youtube  Ryan's Family Review. 

Antara syarat dalam " 12 Hour Challenge" ini adalah mama papa mesti cakap "YES" untuk semua permintaan dia. Fuh....

Sebelum tidur semalam dia dah bagi list antara benda dia plan request . Antaranya setiap kali dia nak makan apa-apa, mama perlu say "YES" . Tak boleh cakap nanti ke,pergi ambil sendiri ke atau alasan-alasan yang dia tak boleh terima.

Selain makan, dia juga request kalau dia nak main apa-apa mama kena say "YES"


Lepas bincang dengan papa, kami pun pun accept the challenge! 



Memang nampak Arif happy bila kami melayan dia dan selalu say "YES". Si adik hakim pun join juga lah nak challenge mama papa. Seronok dan penat jugak melayan anak-anak ni, tapi kita kena sedar waktu diorang kecik jer ni main camni, lagi few years rumah ni pasti akan sunyi lepas semua anak-anak sekolah dan masuk asrama. 


Walau pun nampak macam manjakan anak, ikut segala kehendak dia. Tapi kami say "YES" sambil letak syarat. Antara syarat yer, lepas mama tunaikan permintaan Arif, dia kena kemas toy, kena solat jemaah , dan macam-macam lagi good behaviour. Macam inverted reward sistem. Dapat reward sebelum dia buat sesuatu. 

Ini adalah sebahagian positif parenting yang kami amalkan dalam mendidik anak-anak. 

Kita semua pernah rasa kan, betapa tak bestnya bila orang lain say "NO" untuk permintaan kita. The feeling is not good at all.

Selagi kami mampu, as parent, tunaikan permintaan yang berpatutan dan tidak melebihi batas.

InshaAllah, semoga murah rezeki anak-anak mama ni, all wishlists granted and dreams come true always...

 Kids spell love T-I-M-E



Selagi masa itu milik kita, manfaatkan bersama anak-anak tersayang. Itu sahaja yang mereka inginkan dari seorang mama dan papa....

Post a Comment

0 Comments