Niat huda berkongsi pengalaman parenting ni, sekadar berkongsi rahsia disebalik kejayaan Arif menjadi penerima Anugerah Pelajar Terbaik sepanjang 2 tahun pertama persekolah di peringkat Tadika. Sangat penting menjadikan rumah kita literacy-friendly home. Bila suasana rumah yang kondusif dan ada ruang khas untuk membaca , anak-anak akan seronok untuk membaca buku tanpa perlu disuruh. Cara ini dapat mengurangkan anak-anak bermain gadget. Memupuk minat membaca dan merangsang otak anak-anak menjadi lebih bijak!
Nak jadikan rumah yang berkonsepkan literacy-friendly home. huda selalu juga beli buku-buku untuk The Arifs. Namun, minggu lepas huda dan suami decide pinjam sahaja buku di perpustakaan dan tengok macamana The Arifs pertama kali jejakkan kaki ke perpustakaan.
Alhamdulillah, The Arifs enjoy, baca buku yang bermacam jenis genre di rak buku. Si Adik memang suka baca buku dinosour, si abang pun join sekali.
Habis satu buku, diorang ambil lain pula baca. Si abang Arif Haikal dah pandai membaca English dengan baik, jadi dia seronok membaca buku-buku English di sini. Adik Hakim, belajar buku Alphabet jer, itu yang menarik minat dia.
Tengok huda dan suami pinjam buku , The Arifs pun nak pinjam buku juga. Alhamdulillah, balik rumah bukan main excited diorang baca buku yang diorang pinjam tu.
Sebelum melangkah keluar Perpustakaan Negeri Terengganu, ada cafe di bahagian bawah. The Arifs dah bau makanan, laju jer melangkah ke Cafe. Ada macam-macam menu di cafe library ni, ada nasi lemak, laksa, burger dan snek ringan. The Arifs makan ayam goreng ( RM3.50 seketul) dan nugget ( RM3.00 - 2 cucuk)
InshaAllah, lagi 2 minggu huda plan nak bawa The Arifs ke perpustakaan lagi, pulangkan buku yang telah kami pinjam dan pinjam buku baru pula.
Korang nak datang Perpustakaan Negeri Terengganu, boleh rujuk alamat dan waktu operasi di bawah:

Perpustakaan Negeri,
Padang Hiliran
Jalan Kemajuan,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Waktu Operasi
Sabtu - Rabu: 9:30pagi - 6:00 petang
Khamis: 9.30pagi - 1:00 tengah hari
Jumaat & Pelepasan Am: TUTUP
4 Comments
husniey suka library awam ni nak pinjam buku pun senang. Hantar pun dah senang masukkan dalam mesin kat luar pagar library tu je heee