Jom Terokai Edutainment Park, Taman Tamadun Islam Terengganu




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat, wishlist huda nak bawa anak terokai Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu sudah tercapai semalam. 6 tahun lepas masa baru kahwin , huda dan suami pernah datang ke sini. Dulu datang berdua, kini datang ke sini berempat. 


Jom Terokai Edutainment Park, Taman Tamadun Islam Terengganu


Jom korang kita sama-sama terokai Taman Tamadun Islam yang terletak di Kuala Terengganu. Seronok bawa anak-anak ke sini kerana terdapat pelbagai tarikan menarik di sini seperti Taman Monumen, TTi River Cruise dan santai makan-makan di Restoren B'benteng 

Taman Monumen, Taman Tamadun Islam




Seawal 9 pagi, huda dah terpacak di depan pintu masuk taman monumen ni tau. Maklumlah, hari sabtu, hujung minggu mesti ramai kan yang datang. Lagi-lagi Taman Tamadun Islam ada buat promosi sempena Terengganu menjadi juara SUKMA baru-baru ini. 

Apa yang korang dapat bila terokai taman monumen di TTi ini?

Taman Monumen TTi menawarkan pengalaman unik untuk pengunjung dengan menikmati keindahan senibina 23 monumen Islam yang hebat dan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global. 

Antara monumen Islam yang korang boleh tengok di sini adalah : -

  1. National Mosque, Malaysia
  2. Kudus Minar, Central Jaya, Indonesia
  3. Pattani Central Mosque, Thailand
  4. Sultan Omar Ali Saifuddin , Brunei Darussalam
  5. Taj Mahal, Agra India
  6. Badshahi Mosque, Lahore Pakistan
  7. Kubbah As-Sakhrah , Baitul Muqqaddis, Palestin
  8. Great Mosque of Samarra, Iraq 
  9. Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
  10. Abu Nasr Parsa, Afganistan
  11. Al- Haram Mosque, Mecca
  12. Aleppo Citadel , Syria
  13. Mosque of Mohamed Ali, Egypt
  14. Nabawi Mosque, Madinah
  15. Suleyman Mosque, Turkey
  16. Great Mosque of Qairawan, Tunisia
  17. The Palace of Al- Hambra, Granada, Spain
  18. Kalyan Minarect, Uzbekistan
  19. Kul Sharif Mosque, Kazan Rusia
  20. Great Mosque of Agadez, Niger
  21. Xian Mosque, China
  22. Sultan Mosque , Singapore



Alhamdulillah. The Arifs dah round "satu sedunia " dengan melihat 22 monumen masjid yang terkenal serata dunia  serta satu monumen Kincir Air TTi yang dibina berdasarkan teori Al-Jazari, iaitu pakar mekanikal pada zaman keagungan Islam. 


Suka tengok Arifs teruja ketika berkunjung ke monumen Masjidil Haram. Hati ni terpangil-pangil dah nak ke sana. Korang doakan huda berjaya kumpul duit untuk bawa The Arifs ke tanah suci yer. 



InshaAllah, hari nya akan tiba anak-anakku. Mama akan usahakan korang sampai ke sini satu hari nanti.....


TTi River Cruise



Setelah puas berjalan menikmati keindahan monumen di Taman Monumen, kami teruskan eksplorasi kami ke TTi River Cruise. Fuh, first time ni nak naik river cruise dengan The Arifs.  The Arifs sibuk tanya , mama nanti ada bumpy-bumpy macam pergi Pulau Perhentian hari tu ke?



Korang jangan risau, naik River Cruise ni memang santai, relax-relax jer. So anyone leh naik. Cruise menyelusuri sungai slow jer..  sepanjang perjalanan ada pegawai yang akan bercerita tentang fakta menarik tentang pulau-pulau dan tarikan yang ada di Kuala Terengganu. Best naik cruise ni!




Alhamdulillah, lepas turun dari bot, ada pegawai yang baik hati bantu amik gambar family. Kenangan indah kami bersiar menaiki cruise dan menikmati keindahan senibina Masjid Kristal, masjid tercantik di Asia.

Menjamu Selera di Restoren B'Benteng TTi


Setelah penat berjalan ke sana sini, pasti perut korang lapar kan? Jom singgah makan di restoren B'Benteng yang terletak bersebelahan dengan River Cruise. Syok makan tepi laut dengan perut yang lapar, hehe..



Masa huda datang sini, cuaca panas terik, jadi menu pertama yang huda order adalah ABC. Serius sedap ABC kat sini. tak cukup satu cawan..hehe . Masa huda tengah minum ABC , dengar juga orang meja sebelah borak tentang kesedapan ABC ni.. 


Kalau korang tak nak makan nasi kat sini pun ada mee sup yang sedap! Ni menu adik hakim. Dia mengada konon tak nak makan nasi. 


Oppss, menu favourite huda. Memang pantang nampak, memang akan sambar. Lagi lah kat sini murah jer tau, satu pinggan ni RM10 sahaja, dah la udang segar dan besar saiznya. Puas hati makan =) 


Ikan Celup Tepung ( ICT) juga antara menu wajib cuba yer di sini. 



Dah perut melayu, haruslah makan nasi berlauk untuk lunch. Best kat sini macam-macam lauk ada. Semua sedap-sedap belaka


Huda memang peminat tomyam, nampak ada tom yam panas-panas baru masak, huda terus amik semangkuk. Pergh, kuah tomyam pekat dan sedap. Berbaloi-baloi tau makan kat sini. 


Sempat lagi wefie, buat kenangan kami bercuti di Taman Tamadun Islam. 

 

Last but not least, makan "desert" pau coklat kat sini. Sedap. Perfect meal kat sini, semua ada tau. Harga pun okay. Taklah mahal walau tempat cantik. Pendek kata berbaloi-baloi lah.




Tips Bercuti ke Taman Tamadun Islam



Taman monumen di TTi adalah outdoor, jadi sebelum datang pastikan korang pilih pakaian yang nipis, bawa topi dan juga air mineral yer. 


Baca map betul-betul, supaya takde monumen menarik yang korang terlepas pandang. Rugi tau kalau terlepas. 




Pada waktu hujung minggu sahaja korang boleh berkunjung ke Monumen Masjidil Haram dan jumpa akak jual air ni. Hehe, memang syok dapat minum air sejuk lepas puas berjalan di bawah panas terik. 


Cek dahulu waktu operasi dan harga tiket. Sila sediakan duit ekstra sebab....


Di dalam taman monumen ada di sediakan kemudahan untuk bersiar tapi kena bayar yer. Boleh rujuk jadual di atas. 


Sekian perkongsian huda hari ni. Semoga korang juga teruja nak bawa family berkunjung ke destinasi menarik di Kuala Terengganu ini. 

Untuk maklumat lanjut layari www.tti.com.my dan follow media sosial 
Instagram : tamantamadunislam



32 comments

Rawlins GLAM said...

InsyaAllah, nak juga melawat ke taman ilmu ini kelak. Disamping menikmati keindahannya, menambah ilmu pengetahuan tentang dunia kan

Sherry Go Sharing said...

Malaysia has many nice places to visit and food to eat. This park we no go before, glad you share here. Can tell my dear now!!

Faries said...

Belum ada kesempatan lagi nk masuk ke taman tamadun islam Terngganu ni. Betul la org ckap bnyk replika cantik. Nk kene pergi ni lama dah tak melawat Terengganu

Mahamahu said...

Kita sempat sampai kat sini tapi sampai kat Masjid Kristal tu jer dan solat kat situ tak masuk habis rupanya ada banyak lagi yang menarik. Paling best tu tengok makanan yang ada dalam tu selera kita waaaaaa...

Syaza Redzuu said...

Serious SR tak tahu kewujudan Taman Tamadun Islam ada di Terengganu. Waaa ni mesti masuk dalam wishlists. Tempat yang menarik dan makanan dekat situ pun sedap-sedap.

Salam kenal ya sis. hehe.

Meh follow blog saya:
www.syazaredzuu.com

Kak Su said...

Menarik sungguh taman tamadun Islam ni ya, teringin nak pegi. Cuti bulan 11 ni in sha Allah nakke Terengganu, mudah2an berkesempatan ke sana.
Thanks for sharing dear
Macam Mana Nak Dapat Duit Dari Blog Tanpa Perlu Menjual

cre8tone said...

Such a lovely outings for the whole family.. great edutainment in the park.. nice one.. wanna go!

Dunia Farisya said...

Amni dah pernah sampai dalam ni.semua best tapi masa tu tak ramai orang.berbaloi dengan harga tiket at least boleh tahu monumen2 yang cantik di dunia ni.so far tempat ni sangat sesuai untuk individu yang minat dengan sejarah hehehe.

Ibu Syurga said...

Taman yang menghiburkan dan mendidik kanak kanak dengan pelbagai info yang best macam ni memang wajar kita kunjungi bersama keluarga. Insyaallah

Mama Hakim said...

Pandai kerajaan negeri terangganu promosikan industri perlancongan di negeri timur ni kan. Sana memang banyak tarikan tempat best

AyuArjuna BiGoshh said...

baru tahu tempat ni best rupanya.. ada banyak monumen kat sini tu yang agak kagum juga. Ingat kalau datang terengganu kawasan ni wajib pergi. bagus bawa anak-anak dedahkan mereka dengan kesenian islam

cindyrina said...

Baru tau ada tempat menarik camni di Terengganu. Best they have many replicas on other place too. Banyak yang boleh tengok kat sini. Tak payah gi jauh jauh.

Nadia Johari said...

Menarik bawak anak ke sini..boleh belajar , boleh tau banguna apa..entah bila dapat pergi ke sini..nanti nak ke sini juga bila anak dah besar..makanan dia tu sedap..air abc tu..nampak slurpp..hehee

Hanny Abdullh said...

Bagus bawak anaknke tempat2 ilmu macam ni..supaya diorg boleh belajar ttg tamadun2 islam ni. Mak pun leh dpt ilmu gK. Sis ada ke terenggNu tp x peluang ke sini

Zharif Azis said...

Dah lama teringin datang ke Taman Tamadun Islam nie tp belum ada rezeki k sana. Banyak replika2 masjid terkenal di seluruh dunia ada di sini. Nmpk mcm real pon ada. Nk jugaklah dtg sana dlm waktu terdekat nie

Dikbee said...

Selalu kalau ke Terengganu, mesti singgah Masjid Kristal tu je. Tak pernah lagi jejak kaki kat Taman Tamadun Islam ni. InshaAllah one day nak pergi la. Banyak ilmu boleh dapat esp lokasi-lokasi masjid terkenal seluruh dunia.

mrschantek.blogspot.com said...

Menariknya tempat ni. Sebelum ni memng tak tahu ada tempat yang menarik dan sngat berguna seperti ini di Malaysia.

Jia Shin Lee said...

Such an interesting themed park, educational yet fun at the same time, next time when I visit Terrengganu I'll try it out with my kids.

Zayani Zulkiffli said...

Teringinnya nak ke sini. InshaAllah lagi 2 minggu dah plan nak kesini. Boleh belajar tentang sejarah Islam.

fizafantagiro said...

Dekatt sangat dengan rumah abah fiza kat ganu. Tapi selalu pegi Masjid Kristal je. InsyaAllah nak kene jejak jugak kat sini ni

ai said...

Menarik.. tak sampai lagi kat sana tu.

Mimin Adam said...

seronoknya, kalau dekat ayer hitam Johor pun ada jugak.. tapi tak berapa best dah sekarang

Eyqa Hasnan said...

Orang pure Terengganu nie pun tak pernah pergi lagi. Hihihii

YB Shehan said...

2x pergi, 2x jgk lah tutup. Belum ada rezeki nak sampai sini..

ayeesha anna said...

Cantiknye monumen2 tu. Blh masuk list next trip next year ni

emarieys said...

Dulu pergi macam tak terjaga pun tempatnya.. Sekarang nampak elok..

LYSSA FAIZUREEN said...

menarikkkkk ! teringin nak piiii ..

SalinaJohari said...

Baru merancang nak jalan ke Terengganu bulan Disember ni... dapat K.Sal plan dulu ...

Nur afeefah said...

mudahan ada rezeki utk pergi sni dgn family. amiin. hihi

Qaseh Dalia said...

Qaseh pernah g sekali taman tamadun islam tu , menarik

mas saari said...

Bestnya, nanti nak bawak anak² jugak!

Sunshine Kelly said...

Wow best tempat ini, the last time I visited Terengganu was many years ago, 8 years maybe. Now there are many more attractions and maybe I should visit Terengganu again soon.