Arif Haikal First Convocation - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Arif Haikal First Convocation

Arif Haikal First Convocation

Share This


Bulan Oktober datang lagi..musim konvo sana sini, termasuklah sekolah Arif Haikal juga. Alhamdulillah, hari ini selesai sudah majlis konvokesyen untuk Arif Haikal. Yeay, anak mama dah "grad" dari tadika, next year "further study" kat sekolah rendah pulak!

Arif Haikal First Convocation


Tahun ini merupakan kali pertama dalam sejarah hidup Arif Haikal sarung jubah konvo, maka mama haruslah semat memori ini di dalam blog mama. Nanti Arif dah besar boleh baca kenangan indah ini.

Alhamdullilah, hari ni " Arif Haikal First Convocation" tapi kali kedua mama kena temankan Arif naik pentas. Cerita first time naik pentas tahun lepas korang boleh baca kat sini >> Tahniah Arif Haikal <<

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, impian mama nak Arif naik pentas lagi tahun ni dan kekalkan prestasi sebagai pelajar terbaik terlaksana. Semua ibu pasti ada impian nak anak berjaya kan? 
Rezeki anak..mama tumpang bahagia dan gembira. 
Terdetik dalam hati, ini balasan Allah atas pengorbanan mama lepaskan segala impian dan cita-cita 6 tahun lepas demi membesarkan Arif. Terima kasih Ya Allah. Rasa sejuk perut ibu mengandung.. 



Selepas majlis pencapaian hadiah, Arif Haikal menyanyi Nasyid bersama kawan-kawan sekelas. Lentuk-lentuk kepala dok syok menyanyi. Terhibur tengok gelagat anak-anak kecil ni buat persembahan. 


Persembahan berjemaah, penuh pentas. Seronok yer anak-anak ni menyanyi.. Kenangan zaman kanak-kanak Arif Haikal di dunia tadika. 


Lepas habis persembahan semua, masa untuk bergambar di photobooth yang telah di sediakan. 
Awal-awal Arif Haikal dan adik Arif Hakim senyum lagi tengok kamera... 


Lama-lama diorang pun bosan mama yang tak puas-puas nak bergambar jer. hehe, masam dan boring muka masing-masing. Kelaparan dan kepenatan semua. 


Sebelum balik rumah, Papa belanja kami semua makan KFC. Belanja makan sedap Lunch sempena anak sorang ni dapat hadiah pelajar cemerlang hari ni. 

Alhamdulillah, lega sangat, habis dah hari yang di nanti-nanti. Semoga kejayaan Arif Haikal hari ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk dirinya sendiri dan adik untuk terus melakar potret kejayaan dalam perjalanan hidup ini. InshaAllah. 

Terima kasih Arif Haikal, buat mama bangga dan bahagia hari ini. 
Terima kasih Allah atas segalanya. 
Semoga bertambah nikmatMu, bertambah iman dan ketakwaan kami. InshaAllah.

9 comments:

  1. salam
    smlm anak sy pon konvo sama dgn anak awak. patutlah smlm sy rasa macam kena je awak, rupanya blogger huda.

    1st time komen di sini..sblm ni silent reader je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, hai! Salam perkenalan. Anak sama sekolah dengan anak saya ke?

      Delete
    2. tak pastilah sbb konvo tu utk 2 cawangan kan. anak sy tadika permint jaya, chendering

      Delete
  2. tahniah arif haikal! tadika yyasan mmg konvo kt sini je kan...IQ dulu pun tadika yysan...sygnya tadika ni ada kt trgnu je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih IQ. tadika yayasan islam best, anak pun dah pandai baca quran lancar dan pandai macam2. berbaloi sangat, fee pun tak mahal. hehe

      Delete
  3. Tahniah buat Huda dan suami dapat didik anak jadi anak yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah. Terima kasih =)

      Delete

Post Bottom Ad

Pages