Tempat Dinner Menarik di Kuala Terengganu - DRumah Pata

Teringat zaman bercinta muda-muda dulu, tika bulan penuh jer selalu dating tengok bulan cantik kat tepi pantai... Semalam bulan penuh, huda decide nak bawa anak-anak keluar makan di restoren tepi pantai. Menjamu selera sambil menikmati keindahan malam. Sambil tu throwback moment indah zaman hangat bercinta...


Tempat Dinner Menarik di Kuala Terengganu - DRumoh Pata


So, kat mana yer tempat dinner menarik di Kuala Terengganu yang huda dan family terjah semalam?? 

Lokasi pilihan huda DRumoh Pata, sebenarnya repeat tau datang sini. Korang boleh baca entry huda tahun lepas >> Food Review  D'Rumoh Pata <<  Kalau dah repeat datang sini, mesti korang boleh agak kan, restoren ni memang best! Jom tengok apa yang best..

Perkara paling best tentang DRumoh Pata ni adalah lokasi yang menghadap laut. Bila bulan penuh memang syok sangat layan view cantik dan romantik kat sini tau. 







Selain itu, kawasan restoren ni sangat luas, memang rasa masuk kawasan private, takde la nampak kereta lalu lalang ke apa, udara fresh dan segar. Korang boleh pilih nak makan dalam kawasan yang berbumbung dan bertembok, jauh sikit dari laut atau nak nak kawasan open air dan dekat dengan laut. 




Okay cerita pula nak makan apa kat sini. Banyak sangat menu makanan tau. Menu utama makanan dinner memang di masak oleh Chef yang berpengalaman. Rasa memang tip top tau, standard restoren yang mahal-mahal tu. 



Selain itu terdapat banyak gerai-gerai yang disewakan kepada pengusahan makanan untuk memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan seperti gerai kambing bakar, gerai satay, gerai waffle, gerai western, gerai minuman Mango Shake dan gerai snek ringan seperti Locking dan satay ikan. Serius memang heaven rasa makan kat sini. Satu tempat ada pelbagai menu, memang sesuai bawa satu family datang makan kat sini. 



Signature Dish di DRumoh Pata



Sepanjang huda hidup masuk 3 series ni kan, memang first time tau makan Tulang Goreng. Korang wajib try tau menu Signature Dish di DRumoh Pata ni. Macamana rasanya?? 

Sedap! Craving for more... tak cukup makan satu. Mujur huda order banyak, hehe.. memang puas makan. 



Selain itu, sup sayur di sini juga sedap dan tak sama macam kat kedai makan lain yang pernah huda makan. Sedap, anak-anak pun suka. 



Korang suka pedas? Wajib try Udang Berlada kat sini. Perghhh, pedas yer memang power. Sampai hari ni teringat kat udang pedas ni. Rasa unik sikit mungkin sebab ada hirisan daun limau purut. 


Lagi satu menu signature dish yang famous kat sini adalah Ayam Bawang Putih. Sedap ayam di goreng garing dengan bawang putih. 

Overall, semua menu yang huda cuba di sini, huda dapat simpulkan Chef kat sini masak, memang guna banyak bahan, tak kedekut , so rasa memang sedap. Teringat kat abah huda di kampung, beliau pesan nak masakan sedap memang guna bahan tumisan yang banyak baru la sedap. Oh ya, abah huda Chef juga tau, masakan abah huda pun tip top!  

Lokasi DRumoh Pata

Mudah sahaja nak pergi sini, tanya google map, InshaAllah ikut sahaja direction akan sampai tepat depan restoren. 



Tips Sebelum Datang
Sila la contact nombor di bawah, sebab kadang kala bila ada masalah cuaca, restoren ni terpaksa di tutup maklumlah kan lokasi di tepi laut, kalau ombak tinggi memang tak selamat untuk orang ramai datang ke sini. 
Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi 0129848844 dan follow media sosial 

Instagram : drumoh_pata

Post a Comment

1 Comments

Husniey Husain said…
Udang tuu menggoda kalbu sangat.. Husniey pernah makan sini sekali, sedap jugak menu kat sini, suka suasananya tu. Tapi kalau pergi musim gaji / cuti sekolah ramai sangat orang. Huhu maybe kena datang awal la lainkali