Tempahan Catering Akikah Murah dan Terbaik di Kuala Terengganu

Rezeki awal September ini , dapat makan kambing golek yang sedap sempena majlis akikah anak saudara huda di Kuala Terengganu. Huda memang lama dah teringin nak makan kambing golek dengan sos black pepper yang creamy dan coslow yang sedap! Alhamdulillah, semua dah rasa minggu lepas!

Tempahan Catering Akikah Murah dan Terbaik di Kuala Terengganu

Bulan lepas mak mertua minta tolong huda uruskan tempahan catering untuk akikah dua orang anak saudara huda. Memandangkan kedua-dua parent anak saudara huda bekerja di KL dan sibuk, jadi huda bantu lah apa yang patut.  

Setelah survey harga catering akikah murah dan terbaik di Kuala Terengganu, huda decide buat tempahan 3 ekor kambing golek, serta nasi putih dan gulai ayam pencen dari N A Food Industries. 



Rata-rata saudara mara yang hadir semua puji dan puas hati dengan kesedapan perapan kambing golek dan sos blackpepper yang terbaik dari catering yang huda pilih ni. Alhamdulillah, lega sangat sebab berbaloi sangat dengan harga. Ikutkan dalam pakej yang di tawarkan ada kentang goreng, tapi huda minta cukup sekadar coslow dan sos blackpepper, jadi harga dapatlah diskaun sikit. 


Huda sangat rekemen untuk korang yang area Kuala Terengganu yang merancang untuk buat kenduri akikah atau apa jua majlis untuk dapatkan pakej catering dari N.A Food Industries ni. Staff yang friendly dan mudah berurusan dan yang paling penting makanan semua sedap! 


Boleh hubungi terus nombor yang tertera di atas . Follow sosial media N.A Food Industries untuk maklumat lanjut 
Instagram : @na_food_industries

Post a Comment

2 Comments

Radhia Razali said…
terliur tengok kambing tue..tapi cover area kuala terengganu plk..
aswadi said…
boleh senaraikan harga mengikut pakej?