Suprise Birthday Dinner Arif Haikal di Puncak Panorama

Alhamdulillah, tarikh yang di tunggu-tunggu oleh Arif Haikal sudah tiba..5 September. 
Alhamdulillah, bertambah umur anak mama hari ini. 

Setiap tahun huda akan usahakan terbaik untuk Arif Haikal rasa dirinya dihargai oleh kami ibu bapanya. Tahun lepas sempat aturkan birthday trip. Baca sini >> Suprise 5th Birthday Trip <<  Tahun ni huda buat simple celebration dengan suprise dinner sahaja. Birthday trip inshaAllah coming soon, gabung sekali dengan birthday adik jer next month.

Suprise Birthday Dinner Arif Haikal di Puncak Panorama


Lokasi pilihan huda untuk celebrate birthday Arif Haikal ke 6 tahun ini adalah di restoren puncak panorama. Huda booking 2 hari sebelum. Alhamdulillah, staff Restoren Puncak Panorama sangat mudah untuk berurusan. Huda nak buat simple celebration dan budget . Lepas perbincangan melalui whatsapp dipersetujui dan order makanan pun dah settle, huda hanya perlu datang ke restoren dengan keluarga sahaja.


Hari yang di nanti sudah tiba. Huda yang excited lebih. Owh ya, sebelum ni huda pernah arrange suprise dinner jugak kat sini sempena Anniversary, tapi time tu restoren ni nama lain, sekarang dah ada management baru. Boleh baca >> 5th Anniversary Suprises <<

Restoren Puncak Panorama ini dulunya dikenali dengan Satay Vs Pizza. Kalau korang nak datang sini nanti, jumpa signboard ini di persimpangan berhadapan TNB Kuala Terengganu, kemudian drive naik atas bukit sampai jumpa Taman Panorama. 

Di atas bukit ni hanya ada satu jer bangunan. Di sini la ada restoren Puncak Panorama yang juga di kenali dengan nama Restoren Panorama Signatures

Sebelum masuk ke dalam restoren, The Arifs jalan-jalan layan view cantik di sini. 




Jom tengok suprise yang huda request dari Restoren Puncak Panorama. Simple but sweet 😃



Tersipu-sipu Arif Haikal senyum.  The Arifs dah nampak kek memang berebut nak makan kek dulu. Tak sempat nak bergambar comel-comel dengan kek, kek dah kena potong dulu. 




Lepas makan kek, kami semua makan ala-carte yang huda dah order awal. Jadi jimat masa tanpa perlu menunggu. Huda order keow teow goreng, untuk suami  nasi goreng paprik, dan The Arifs makan bihun goreng. Set satay juga huda order in case anak-anak tak nak makan bihun. 


Berbaloi order set satay kat sini, satay isi ayam besar, kuah kacang sedap makan bersama nasi dan hirisan bawang. Serius sedap, teringat-ingat sampai hari ni. 


Pihak restoren juga bagi complimentary desert ice cream yang sedap sorang satu untuk The Arifs.


Siap makan semua, layan kan adik nak ambil gambar abang Arif Haikal


Alhamdulillah, Arif Haikal happy dengan suprise birthday dia hari ni. Hadiah dari shoppe pula masih lagi shipping dan transit di KLIA pula hari ni. hope esok lusa sampai lah.  

Overall, huda dan keluarga sangat rekemen korang makan di Restoren Puncak Panorama ni. Serius sedap semua menu yang chef kat sini masak. Suami pun puji dan kami pasti akan datang makan kat sini lagi, sambil menjamu selera dan layan view cantik atas bukit ni. 

Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan suprise hari ni, terutama Encik suami yang sponsor semua, dan pihak restoren yang memberi kerjasama yang terbaik. 


Follow sosial media 
Instagram : @puncak.panorama

Post a Comment

3 Comments

mrsliez said…
waa...besar gak satay ayam ni.. tempat makan pun cantik dan bersih.
nak romantik2 pun boleh kann
Happy Birthday Arif Haikal. Membesar sebagai anak soleh ya untuk ibu dan ayah ^^
PERMATABIRU said…
wahh best seronoka anak2 dapat sambut birthday mak gembira anak2 pun suka