Sambut Birthday Mak ke 60 di Taman Tanjung Emas.




Alhamdulillah, planning kami adik beradik bulan lepas terlaksana sudah. Tahun ni special sikit berbanding tahun-tahun sebelum ni sebab sambut birthday mak outdoor! Biasa buat kat rumah jer kan, background potong kek asyik lah gambar dapur, hehe...

Konon kami adik beradik nak berdeco-deco bagai, nak belon helium terbang2 gitu. Tapi bila survey harga yang beratus untuk decoration sahaja macam tak berbaloi. Duit beratus beli makanan lagi best, belon helium bukan boleh makan pun, huhu... 

Selepas perbincangan dengan adik beradik yang balik kampung minggu lepas, kami assign kan siapa yang kena pergi awal untuk cop gazebo di Taman Tanjung Emas, dan siapa kena beli masak dan siapa beli minuman dan sebagainya. Alhamdulillah, segala perancangan berjalan lancar.

Jom layan gambar-gambar sekitar sambutan birthday mak huda di Taman Tanjung Emas. 

Happy 60 th Birthday Mak. I love u alwaysss


My beloved parents...  Tak boleh tengok gambar ni lama-lama nanti homesick..huhu


Best picnic dengan anak-anak dan juga anak saudara yang ramai. Kecoh tapi seronok!



Best yer bila buat event outdoor macamni, anak-anak bebas bermain. Terima kasih Cik Jah belikan bubbles untuk anak-anak saudara semua ni..Semoga murah rezeki dan cepat bertemu jodoh..eh....


Tersama pulak tema baju kami. Huda dukung Annur Zaffrah, princess kepada Along ( my one and only elder sister) . Budak comel dan bijak, geram betul tengok dia. 


Last but not least, family potrait together. Missing 2 more siblings. Sorang tu kat Shah Alam tak dapat balik dan adik bongsu yang nak SPM di sekolah asrama. Looking forward for next family gathering this coming year end holiday. 

The best thing bila kami adik beradik kumpul macam ni, ukhwah makin rapat dan semoga pertalian adik beradik, ipar duai dan sesama anak saudara makin kuat dan harmoni. Semoga every year dapat spend quality family time macam ni. InshaAllah. Semoga kami semua sentiasa murah rezeki dan panjang umur. 











Post a Comment

0 Comments