
Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi foodlogue terbaru huda ketika jalan-jalan cari makan di Puchong, Selangor. Kali ni, huda berkunjung ke satu restoren steamboat yang ada hidangkan kuah Kari Nyonya selain dari kuah yang biasa kita makan iaitu sup dan tomyam. Sedap ke makan steamboat kuah kari?
Pertama kali Makan Steamboat Kari Nyonya di Asap Steamboat and Grilled Puchong
Korang pernah ke try makan steamboat dengan kari? Huda pertama kali ni cuba lepas rakan blogger
Saidila rekemen untuk makan steamboat kari di Asap Steamboat & Grill.
Menu yang terfikir nak masak adalah maggi kari dan udang! Tengok ni, tergoda tak dengan udang yang merah dan kari yang pekat ni.
Fuh, memang sedap la kuah kari kat sini. Lepas hirup kuah kari dan habiskan semangkuk maggi kari dan udang ni, huda dan suami sambung grilled seafood, ikan , ayam , daging , kambing dan juga pelbagai jenis bebola. Sedap sangat bila cicah dengan sos special ASAP, sos blackpepper dan ada juga sos yong tau foo.
Menu Menarik di Asap Steamboat and Grill
Ada pelbagai pilihan makanan yang berbaloi sangat dengan harga. Untuk menu grill, ada pilihan ikan , ayam , daging dan kambing yang diperap dengan 4 jenis perapan iaitu madu, black pepper, BBQ dan juga perapan istimewa ASAP Marinade. Pilihan seafood juga banyak, ada kupang, kerang, lala, ketam, udang dan sotong.
Selain itu, huda suka dengan menu sampingan yang memang kena dengan selera huda seperti nasi goreng kampung dan sup tulang. Tak pernah lagi jumpa restoren steamboat ada pilihan sup tulang. Anak-anak huda pula suka sebab ada nugget dan fries. Menu pencuci mulut yang sempat huda cuba adalah bubur jagung, aiskrim dan buah-buahan potong yang sejuk. Ada lagi menu lain yang huda tak sempat nak cuba sebab dah kenyang sangat, antaranya dadih pelbagai perisa, aiskrim malaysia pelbagai perisa, pau panas dan juga ABC.
Harga Asap Steamboat and Grill
Dewasa : RM42.00
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM21.00
Kanak-kanak bawah 5 tahun PERCUMA.
Lokasi Asap Steamboat and Grill
Puchong
Lot 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A 47150 Puchong,
Bangi
Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Waktu Operasi
6 petang hingga 12 tengah malam
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini , follow social media Asap Steamboat & Grill
Post a Comment