Pertama kali Makan Steamboat Kari Nyonya di Asap Steamboat and Grilled - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Pertama kali Makan Steamboat Kari Nyonya  di Asap Steamboat and Grilled

Pertama kali Makan Steamboat Kari Nyonya di Asap Steamboat and Grilled

Share This


Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi foodlogue terbaru huda ketika jalan-jalan cari makan di Puchong, Selangor. Kali ni, huda berkunjung ke satu restoren steamboat yang ada hidangkan kuah Kari Nyonya selain dari kuah yang biasa kita makan iaitu sup dan tomyam. Sedap ke makan steamboat kuah kari?

Pertama kali Makan Steamboat Kari Nyonya di Asap Steamboat and Grilled Puchong 



Korang pernah ke try makan steamboat dengan kari? Huda pertama kali ni cuba lepas rakan blogger Saidila rekemen untuk makan steamboat kari di Asap Steamboat & Grill. 





Menu yang terfikir nak masak adalah maggi kari dan udang! Tengok ni, tergoda tak dengan udang yang merah dan kari yang pekat ni.





Fuh, memang sedap la kuah kari kat sini. Lepas hirup kuah kari dan habiskan semangkuk maggi kari dan udang ni, huda dan suami sambung grilled seafood, ikan , ayam , daging , kambing dan juga pelbagai jenis bebola. Sedap sangat bila cicah dengan sos special ASAP, sos blackpepper dan ada juga sos yong tau foo. 












Menu Menarik di Asap Steamboat and Grill


Ada pelbagai pilihan makanan yang berbaloi sangat dengan harga. Untuk menu grill, ada pilihan ikan , ayam , daging dan kambing yang diperap dengan 4 jenis perapan iaitu madu, black pepper, BBQ dan juga perapan istimewa ASAP Marinade. Pilihan seafood juga banyak, ada kupang, kerang, lala, ketam, udang dan sotong. 


Selain itu, huda suka dengan menu sampingan yang memang kena dengan selera huda seperti nasi goreng kampung dan sup tulang. Tak pernah lagi jumpa restoren steamboat ada pilihan sup tulang. Anak-anak huda pula suka sebab ada nugget dan fries. Menu pencuci mulut yang sempat huda cuba adalah bubur jagung, aiskrim dan buah-buahan potong yang sejuk. Ada lagi menu lain yang huda tak sempat nak cuba sebab dah kenyang sangat, antaranya dadih pelbagai perisa, aiskrim malaysia pelbagai perisa, pau panas dan juga ABC.


Harga Asap Steamboat and Grill 


Dewasa : RM42.00
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM21.00 
Kanak-kanak bawah 5 tahun PERCUMA.

Lokasi Asap Steamboat and Grill 

Puchong  
Lot 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A 47150 Puchong,

Bangi 
Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Desa Sentosa Fasa 2, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor


Waktu Operasi

6 petang hingga 12 tengah malam

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini , follow social media Asap Steamboat & Grill
Instagram : @asapsteamboatgrill

20 comments:

  1. Ramainya orang update pasal tempat ni. Mesti sedap ni.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..harga pun berpatutan..nak try makan di situ la

    ReplyDelete
  3. makan steam boat dengan kuah kari ya? Nampaknya lepas ni makin banyak pilihan kuah kan. Kuah masak lemak cili api. Dan lain lain

    ReplyDelete
  4. Banyak betul pilihan makanan dia. Harga pun not bad affordable untuk adult dan kanak-kanak. Since anak saya pun baru 3 tahun, jimat lah jugak sebab free hehehe

    ReplyDelete
  5. we love to eat steamboat, thanks for sharing this place. we no go before, shall tell my dear of this place as he likes steamboat food too.

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok gambar2 makanan ni, keroncong2 perut ni. harga pun berpatutan jugak. ni yang buat tak sabar nak try makan sini nih!!

    ReplyDelete
  7. Alahaiii... Sedapnya. Terliur pulak nengok. Banyak pilihan makanan pulak tu. Harga pon kira ok juga lah ni. Boleh lah try nanti.

    ReplyDelete
  8. Ada pulak stim bot kari kan. Nak buat sendiri kat rumah lah. Haha. Senang je pun. cuma letih nak masak je

    ReplyDelete
  9. menarik tu huda. aida sgt suka stimbot & grill gini tau.
    tapi tu la, jarang singgah. sebab nyer anak-anak x brape makan. rugi aje membyr nyer.
    most of the time gi lepak johnnys ajer.
    kat melaka pun ada tempat cenggini. harga berpatutan alhamdulillah.
    tapi yg aida nampak kelainan tempat huda gi ni is kuah nyer kari? amazing.
    biasa nyer kuah sup or tomyam ajer...

    ReplyDelete
  10. Rasanya restoran stemboat ni ada cwg di selayang kan. Pernah makan di selayang harha berbaloi dengan makan

    ReplyDelete
  11. Yerr kita pernah makan kat Asap ni memang tempat cantik dan menarik tertarik heheheh cuma bahan makanan tak sebanyak ni dulu mungkin sekarang dah makin maju bestnya lama tak pergi nak pergi lagi lah...

    ReplyDelete
  12. Pernah jugak makan kat ASAP Steamboat ni yang kat Puchong..memang sedap jugak lah, sekali je sis ke sana. Nak gi lagi macam jauh pulak dari rumah sis

    ReplyDelete
  13. Terliur tgk seafois tu... especially ketam dan udang.. liez pun suka gak mkn steamboat and grilled sbb kenyang.. xpeelu nasi pun xpe..

    ReplyDelete
  14. Terliur tengok steamboat n grill tu. selama nie sy suka ambik kuah tomyam. Xpernah pulk cuba dgn kuah kari. Nak cuba jugaklah nanti kalau berpeluang dtg ke sini

    ReplyDelete
  15. Satu kelainan tu, selalu masak mee segera kari letak sekali dengan frozen food tu memang sedap pun. rasanya tak jauh beza

    ReplyDelete
  16. Pada Bella, Steamboat ni sos nya yang penting. Kalau sedap, memang berkali2 Bella akan balik semula ke restaurant tu. Grilled pulak, yg penting ialah bahan perapannya tu. Lama dah tak ke Puchong. Since dah tengok ni, maybe akan kesana untuk ke restaurant ni je la. Hehe..

    ReplyDelete
  17. pernah makan kat assap ni. Mmg variasi steamboat dia banyak dan sedap-sedap. Sekarang dah ada mee kari wahhh
    Menu baru

    ReplyDelete
  18. Aduhaii!! Ngeces air liur dibuatnya!! AM suka sgt kalu bab grill grill nie.. xpenah lg try steamboat kari, selalu mkn steamboat tom yam.. nak pegi cawangan yg terdekat la dgn anak2 AM nnti..

    ReplyDelete
  19. eee.. sedapnyaa.. i think my hubs akan suka sgt tmpat ni.. plus harga pun quite affordable.

    ReplyDelete
  20. Wow.. Sedapnya. Pilihan pun banyak. Rambang mata dibuatnya, tak tahu nak pilih mana nak makan tu kan?

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages