Pengalaman bermesra dengan haiwan satu dunia di Farm in the City


Selamat Hari Malaysia untuk semua! Syok kan, long weekend minggu ni, takkan nak mereput jer dok kat rumah. Huda ni, selalu berjalan orang kata, tapi sebenarnya huda nak bagi anak-anak huda explore macam-macam sebab bila anak-anak keluar rumah dan buat perkara baru, otak mereka semakin berkembang dan merangsang otak untuk jadi bijak. Selain itu skill dan keyakinan diri bertambah. Jadi berjalan ke sana-sini waktu cuti bukan sahaja-sahaja buang masa tau, tapi ianya perlaburan untuk masa depan anak-anak kita.

Alhamdulillah, pada 16 September 2018 yang lepas, huda bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang meluangkan masa bersama di Farm in The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. 



Meriah sungguh bila blogger-blogger dan anak-anak bergambar bersama. 

Huda nak kongsi pengalaman bermesra dengan haiwan dari pelusuk dunia yang berada di Farm in the City. Jom layan-layan gambar yang sempat huda rakamkan sepanjang 3 jam di Farm in the City ini



Wah,  teruja sangat bila dapat sentuh dan lihat sendiri Alpaca yang pertama di Malaysia! Alpaca ini berasal dari South Amerika. Jauh dia travel sampai Malaysia, hehe.. Nak pergi Amerika memang entah bilakan, datang jer Farm in The City, feeling-feeling macam tengah travel oversea jer, sebab jumpa macam-macam haiwan dari luar negara.


 The Arifs tengah syok tengok Meerkat yang berasal dari South Africa. Teringat pulak movie Madagascar, comel betul karakter dalam kartun, tengok real ni pun comel tau.


Next kami teruskan berjalan-jalan dan jumpa Giant Tortoise yang berusia hampir ratusan tahun.  Nama kura-kura ini adalah ALDABRA Tortoise dan berasal dari Island of Aldabra Atoll in the Seychelles ( Fuh berbelit lidah nak baca, kat mana ni? Google la apa lagi, rupanya pulau ni di Indian Ocean ) .



Rasa bertuah dapat bagi tortoise ni makan dan dapat usap-usap dia.  Anak-anak pun dapat belajar kitaran hidup kura-kura di sini. Memang syok bawa anak ke Farm in The City, anak-anak bebas meneroka dan belajar macam-macam tentang haiwan yang mereka tak pernah jumpa.


Konsep Farm in the City ni, petting zoo, jadi pengunjung dibenarkan untuk pegang, dan beri makan dengan pantauan staff dan juga parent. Antara pengalaman menarik bagi huda dan anak-anak adalah beri makan kepada Racoon yang berasal dari North America.



Arif juga berpeluang sentuh dan usap-usap Skunk yang juga berasal dari North Amerika ni macam usap-usap kucing, sebab bulunnya lembut. 


Sudah puas berjalan hampir sejam, kami semua berhenti seketika , enjoy tengok Parriot Show. Semua burung Parrot di sini juga "diimport" tau, sebab dalam Malaysia memang takkan jumpa burung Parrot ni. Huda baru tahu yang selain dari pandai bercakap, Parrot juga pandai berlakon dan juga mempunyai penglihatan yang tajam. 


Next bermain tangkap ikan di longkang yang bersih. Tapi ikan semua menyorok bawah jambatan. Ikan takut, ramai sangat kanak-kanak  yang excited nak tangkap dia. 


Ikan  kat longkang menyorok, jadi jom la kita bagi ikan makan di tasik. Meriah betul ikan kat tasik ni, semua berlumba-lumba makan bila makanan ikan di beri oleh pengunjung. Suka tengok anak-anak enjoy bagi ikan makan di tasik ni.  Antara ikan yang terdapat di sini adalah ikan KOI yang berasal dari East Asia dan juga ikan Talapia yang berasal dari Africa dan Middle East. 


Ikan dah kenyang, The Arifs pulak jadi lapar. Jadi kami semua singgah di Cafe - Dine with Kampung Style yang terdapat berhampiran dengan kolam ikan.  Beli roti sosej ( RM3.50 setiap satu) dan corn cup ( RM4.00) untuk alas perut yang lapar penat berjalan hampir 2 jam lebih di Farm in The City.  Time syok makan, ada seekor ayam jantan yang lalu bawah meja, Adik Hakim teruja nak kacau ayam tu.. Maklumlah, jakun tak pernah lagi makan kat kedai makan, ada ayam kacau, hehe..



Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar dan pengalaman unik dan menarik di Farm in the City yang huda nak kongsikan. Nanti korang penat pula baca. Korang sendiri kena rasai sendiri dan bawa anak-anak datang sini okay!

Harga Tiket Farm in The City






Promosi MyKad Family Package : 
- 2 Adults and 2 Children Entrance Tickets. 
- 2 Farm In The City Souvenir Gift
- 1 Limited Edition Recycle Bag
- 2 Box of Animal Feed
- 2 Complimentary 'Buy 1 Adult, Free 1 Child' Voucher to KL Tower Mini Zoo
- 2 Certificates for Children
- RM5.00 Discount Vouchers for RM30.00 Purchase at Happy Farm Souvenir Shop.
- RM10.00 Food Discount Vouchers for Kampung Style Restaurant's Family set meals. 

Aktiviti Menarik di Farm in The City

Boleh rujuk gambar di bawah untuk rancang masa sebaiknya sebelum datang ke Farm in The City.



Maklumat lanjut dan info terkini, Follow sosial media Farm in The City :-
Facebook : Farm In The City
Instagram : @farminthecitymalaysia

Post a Comment

28 Comments

afizlatif said…
suka budak budak ni
mas saari said…
Akak dah 2 kali pi FITC ni, memang anak² enjoy sangat!
Nadia Johari said…
memang best datang sini..lagi seonok bila tengok anak-anak seronok..mak2 pun teruja sebb dapat pegang binatang
Lisa Nurulain said…
bestnyaaa pergi beramai2
Qaseh Dalia said…
Balik terus terbongkang tido , kepenatan melawat haiwan
adianiez AIDA said…
menyeronokkan. sure havoc kan. best gi ramai2.
aida x pernah gi sini, huda.
maybe aida ni penggeli haiwan kot ha ha ha ha
sebab tu tak pernah terfikir nak ke sini tau.
but, ia adalah pendedahan terbaik utk anak-anak.
biar kan diorang mesra dan kenal haiwan. nature.
Zharif Azis said…
Bestnya dpt berinteraksi sendiri dgn haiwan2 tu daripada just lihat haiwan2 disebalik kaca. Budak2 mesti suka pergi sini. Nak pergi jugaklah nanti
Rawlins GLAM said…
Dekat dah dengan rumah Rawlins tapi masih lagi tak berkesempatan ke sini. Perhaps time family mai dari Sarawak nanti boleh la nak bawa anak-anak saudara ke sini.
Dikbee said…
Pernah masuk kat sini. Bestttt sebab dapat touch kebanyakan haiwan kat sini. Siap boleh bagi makan lagi. Baru la dapat feel kan. Haiwan kat situ pun jinak-jinak belaka. so, tak membahayakan. Budak2 la paling happy dapat mengenal binatang dengan lebih dekat.
Mesti anak2 seronok kalau bawak kesini, sebab boleh tengok haiwan2 tu dari dekat siap boleh sentuh plak tu. Aktiviti lain pun menarik. Boleh la pergi hujung minggu nanti
Memang best FITC, kami dah 3 kali pi pun tak jemu. Budak budak suka sangat.
Dunia Farisya said…
lepas ni nak bawak adira mai sini pulak.haritu dah pergi mini zoo,tapi tak banyak sangat haiwan boleh sentuh.yang ni nmpak banyak je boleh sentuh hehehe.
Fadzi Razak said…
Best pulak bila tengok gambar-gambar ni semua. Seronok kalau bawak anak sebab dia boleh tengok dan kenal semua haiwan dekat sini. Siap boleh pegang lagi. Tu yang best tu
Ibu Syurga said…
Baguslah dapat luangkan masa untuk bawa anak anak pergi mengenali haiwan jinak di tempat seperti ini. Mereka pun riang
Rodiah Amir said…
Diah dah pernah bawa anak-anak ke sini tahun lepas memang seronok sebab boleh pegang semua haiwan. anak-anak lagi suka sebab belajar tentang haiwan dan alam sekitar. berbaloi kalau datang sini. In sha Allah nanti nak pergi lagi.
Emi said…
Bawak anak2 buah mesti suka ni. Anak2 buah emi jenis yg suka main dengan haiwan. Next time klu dorg dtg kl, nak bawak pi sini la
Lia Hasty said…
Comelnya binatang kat Farm In the City ni. Bukan setakat kanak-kanak pun suka tempat ni. orang dewasa pun boleh sama belajar mengenai bintang lain . Nak gi lah sini nanti
Mama Hakim said…
Dah pernah rancang nak pergi sana, tapi tak jadi sebab musim cuti sekolah orang ramai sangat. Nanti ada cuti lebih nak singgah
Mazni Azmi said…
Haiwan haiwan jinak ni memang dah di latih dan di ternak untuk bergantung kepada manusia untuk makanan
Wawa Ashihara said…
Wah bestnya dpt masuk farm in the city ni.. Dah nmpk mcm zoo negara dah... Tp byk haiwan2 jinak kan.. Seronok dpt ke sini even bdk2 or dewasa...sbb dpt knl lbh rpt dgn haiwan2 disini..
nikkhazami said…
best la dapat berinteraksi denga haiwan macam ni. aru brbaloi dgn tiket yang kita bayar. ini tidak, asyik tgk haiwan dalam sangkar je
emarieys said…
wah, ramainya yang turun... tak ada rezeki nak follow sekali hari tu... nasib dekat dengan rumah..bolehlah try pergi nanti...
AlongMurni said…
AM xpenah lagi pegi ke sini.. tapi anak2 AM dah penah sampai 2 kali rasanya.. trip rombongan sekolah diaorg.. balik dr triplrt tue bukan main riuh kakak n adik bercerita!!
Ada masa AM nak pegi la sekali dgn anak2.'AM jgn AM yg jakun kalah anak2 udahlah.. hehehe
Last masuk sini dalam 2 tahun lepas pun memang syok sangat. Sekarang dah ada Alpaca, kena juga pergi lagi nanti.
SalinaJohari said…
Tiap kali ajak anak-anak datang sini memang tak pernah dyorang menolak . Best sangat sebab dapat tengok dan pegang haiwan yang jinak . Paling best Pony Ride !
ai said…
Seronok pergi FITC. Tapi tak jumpa pun kak huda.
ayeesha anna said…
Best dan enjoy anak2 kat sini. Bukan je dapat kawan baru, dapat pegang haiwan bagi makan memang seronok sgt
Zahirah Dzahir said…
Yang pling best pi tempat macam ni..confirm la anak²..tak pernah pi lagi FITC