Murah yer makan di Eat and Repeat - RM1.90 sahaja!



Alhamdulillah, wishlist nak ajak suami makan di Eat & Repeat Cafe Kuala Terengganu sudah tercapai. Sebelum ni tengok jer kenalan di Facebook berkongsi gambar diorang makan di Eat & Repeat , nampak macam sedap dan macam-macam pilihan. Teruja nak cuba jugak! Kuasa media sosial zaman sekarang kan, orang lain dah try, kita pun nak try jugak! 

Eat & Repeat Kuala Terengganu


Lokasi cafe ini terletak di kawasan tumpuan utama yang baru di Panji Alam. Berikut alamat lengkap Eat & Repeat Kuala Terengganu : - 

13A, Panji Curve Business Park, Jalan Panji Alam
21100 Kuala Terengganu

Sebelum pergi, huda dan booking awal-awal, takut nanti penuh, tak perlu lah nak menunggu. Korang boleh direct whatsapp nombor ni  >> 011-5943 6484 << atau klik jer link ni >> 

Sebenarnya, Cafe Eat & Repeat Kuala Terengganu ni merupakan cawangan ke 7! Rupa-rupanya ada 6 lagi cafe Eat & Repeat yang terletak di Bangi, Melaka, Senawang, Shah Alam, Johor Bahru dan Kuala Selangor. Dah famous rupa nya cafe ni, huda jer yang baru tahu. 

Apa signature dish di Eat & Repeat Kuala Terengganu?

Konsep Eat & Repeat ini, semua makanan dan minuman berharga RM1.90 sahaja dan dihidang dalam mangkuk.  Namun di Eat & Repeat cawangan Kuala Terengganu, terdapat juga special menu dengan harga serendah RM2.90. 



Huda try menu special drink - Rootbeer Float yang berharga RM2.90. Boleh tahan juga sedap yer. Anak-anak pula order air milo dan air sirap jer. Unik kat sini, minuman di hidang dalam kole.



Bila tengok menu, banyak betul pilihan, jadi huda minta crew restoren hantarkan hidangan Top 10 Best Seller kat sini. Jom tengok 10 menu paling laris di Eat & Repeat Kuala Terengganu yang huda dah cuba.


Ada 4 jenis nasi yang huda try iaitu nasi lemak, nasi goreng cina, nasi ayam cincang dan nasi paprik. Ada juga laksa, mee kari dan soto ayam. Desert pulak ada pulut mangga dan juga sagu gula melaka. 
Ada satu menu huda repeat order iaitu Ayam Goreng Tandoori yang merupakan menu paling famous di sini. 

Puas hati huda , suami dan anak-anak dapat makan macam-macam menu dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi.  Walau kuantiti satu hidangan agak kecil untuk orang dewasa, namun untuk anak-anak memang sesuai. Orang dewasa haruslah makan bertingkat-tingkat mangkuk yer, hehe...



Rasanya huda nak kena repeat lagi datang sini sebab nak try menu-menu yang sold out hari tu. 


Overall, sangat-sangat puas hati makan kat sini, dan wajib REPEAT!! Bijak diorang bagi nama EAT & REPEAT, memang terbaik! 

Untuk maklumat lanjut dan promosi semasa follow sosial media Eat & Repeat Kuala Terengganu

Post a Comment

21 Comments

Radhia Razali said…
murahnya rm1.9 jea..kena try ni
Bella Idura said…
Sedapnya nampak. Tapi jauh. Terengganu.
adianiez AIDA said…
Di melaka aida lom singgah lg. Br nak cek mana lokasi nyer. Mcm konsep boat noodle ekk. Small portions :-)
Fadzi Razak said…
Pernah jugak makan dekat eat & repeat ni tapi cawangan shah alam punya. Kalu ikutkan ada menu yang sedap dan ada juga menu yang meh. Tapi kalau makan 2 3 mangkuk pun sebenarnya dah kenyang. Berbaloi la kot dengan harga dia
Dunia Farisya said…
Sedapnya.hdua orang tganu ke?Samalah kita.kedai ni dekat sangat dgn umah.10 min sapa doh hahaha
Wahhh bnyak betul yang dipesan. Harga macam x masuk akal rm 1.90..best nya kalau berpeluang pergi
Wahhh bnyak betul yang dipesan. Harga macam x masuk akal rm 1.90..best nya kalau berpeluang pergi
Faries said…
Wah eat and repeat dah ad cawangan di Terengganu. Dulu selalu makan dekat shah alam sek 7. Bertambah2 sebab murah. Paling suka mee kari dgn chicken wing. Rasa nk pergi pulak tiba2 ni. hehehe
Ibu Pantang said…
wah bermangkuk tgk makan tu...serius macam sedap tgk...mesti cuba ni..insyallah weekend ni nak kesana la makan...boleh bawak fmly baru syok hehe
wow such nice drinks there, I wanna go too but need plan for it. Got to take time to plan it as not easy to plan for family trip.
cindyrina said…
Pernah dengar pasal restaurant ni. Kalau I mesti tamak hahaha....tapi best gak konsep camni. Can eat many varieties at one go.
Nadia Johari said…
Wah baru tau pasal restoran ni..terkjut gak harga dia murah tu rupanyan dalam mangkuk kecik..sama macam boat noodle ye..hehee..boleh cuba ni..tapi jauhnya terengganu..
Ayam goreng dia mmg nampk sedap. Garing giler. Kalau ayu pun confirm akan repeat order
Wawa Ashihara said…
Serius bru tau psl kedai makan ni.. Huhu.. Murahnya menu makanan dia... Tgk pon sedap jee... Mesti ramai orang kan masuk kedai ni... Kalau la ada area kita, dh lama terjah tau..
Zharif Azis said…
Mmg murah dan portion dia sesuai dgn harga. Xde kecik sgt dn xbesar sgt. Tp mengenyangkan. Sy suka pulut mangga dia. Sedap !!
Suka tempat makan santai dan murah macam ni, boleh cuba macam-macam menu. Tak sedar bertingkat-tingkat mangkuk, Nanti bolehlah cuba..
Ibu Syurga said…
Sedap nya makanan ni semua. PAgi pagi ni hujan lebat lapar lah pula. Wallahualam. Insyaallah nak juga cuba tapi macam jauh sanagt di belah sana
AlongMurni said…
RM 1.90?? Memang murah sgt nie.. confirm bertingkat2 mkn.. soda strawberi nmpk menarik & sedap.. lapar plak rasanya.. aduhai..
Mawardi Yunus said…
oh eat and repeat restaurant ni daha da kat Kuala terengganu ke. dulu pernah try di cawangan Shah Alam. menarik konsep dia. portion sikit dan kita boleh rasa banyak menu.
seronoknya semua jenis lauk, harga sama je RM1.90. Blh mkn sepuas-puasnya. Mesti bisnes bagus sampai out of stock tu.
Mermaid said…
Wah murahnya rm1.90 . Ada tak cawangan di penang. Ika mesti repeat setiap hari. Murah dan boleh rasa semua makanan. Next time kalau datang sini boleh try hoho.