Alhamdulillah, wishlist nak ajak suami makan di Eat & Repeat Cafe Kuala Terengganu sudah tercapai. Sebelum ni tengok jer kenalan di Facebook berkongsi gambar diorang makan di Eat & Repeat , nampak macam sedap dan macam-macam pilihan. Teruja nak cuba jugak! Kuasa media sosial zaman sekarang kan, orang lain dah try, kita pun nak try jugak!
Eat & Repeat Kuala Terengganu
Lokasi cafe ini terletak di kawasan tumpuan utama yang baru di Panji Alam. Berikut alamat lengkap Eat & Repeat Kuala Terengganu : -
13A, Panji Curve Business Park, Jalan Panji Alam
21100 Kuala Terengganu
Sebelum pergi, huda dan booking awal-awal, takut nanti penuh, tak perlu lah nak menunggu. Korang boleh direct whatsapp nombor ni >> 011-5943 6484 << atau klik jer link ni >>
Sebenarnya, Cafe Eat & Repeat Kuala Terengganu ni merupakan cawangan ke 7! Rupa-rupanya ada 6 lagi cafe Eat & Repeat yang terletak di Bangi, Melaka, Senawang, Shah Alam, Johor Bahru dan Kuala Selangor. Dah famous rupa nya cafe ni, huda jer yang baru tahu.
Apa signature dish di Eat & Repeat Kuala Terengganu?
Konsep Eat & Repeat ini, semua makanan dan minuman berharga RM1.90 sahaja dan dihidang dalam mangkuk. Namun di Eat & Repeat cawangan Kuala Terengganu, terdapat juga special menu dengan harga serendah RM2.90.
Huda try menu special drink - Rootbeer Float yang berharga RM2.90. Boleh tahan juga sedap yer. Anak-anak pula order air milo dan air sirap jer. Unik kat sini, minuman di hidang dalam kole.
Bila tengok menu, banyak betul pilihan, jadi huda minta crew restoren hantarkan hidangan Top 10 Best Seller kat sini. Jom tengok 10 menu paling laris di Eat & Repeat Kuala Terengganu yang huda dah cuba.
Ada 4 jenis nasi yang huda try iaitu nasi lemak, nasi goreng cina, nasi ayam cincang dan nasi paprik. Ada juga laksa, mee kari dan soto ayam. Desert pulak ada pulut mangga dan juga sagu gula melaka.
Ada satu menu huda repeat order iaitu Ayam Goreng Tandoori yang merupakan menu paling famous di sini.
Puas hati huda , suami dan anak-anak dapat makan macam-macam menu dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi. Walau kuantiti satu hidangan agak kecil untuk orang dewasa, namun untuk anak-anak memang sesuai. Orang dewasa haruslah makan bertingkat-tingkat mangkuk yer, hehe...
Rasanya huda nak kena repeat lagi datang sini sebab nak try menu-menu yang sold out hari tu.
Overall, sangat-sangat puas hati makan kat sini, dan wajib REPEAT!! Bijak diorang bagi nama EAT & REPEAT, memang terbaik!
Untuk maklumat lanjut dan promosi semasa follow sosial media Eat & Repeat Kuala Terengganu
Facebook : Eat & Repeat Cafe Kuala Terengganu
Instagram : @eatrepeat.terengganu
21 Comments