Banyak pilihan sebenarnya kalau nak mandi manda air terjun di Terengganu ni, antaranya Air Terjun Sekayu di Kuala Berang , Air Terjun Lata Tembakah di Besut dan Air terjun Chemerong di Hulu Dungun. Pilihan huda adalah Air Terjun Lata Belatan yang terletak di Kampung Jabi, Besut, Terengganu sebab lokasi yang mudah untuk pergi, tanpa perlu lalu jalan yang jauh ke dalam hutan untuk sampai di sini. Bila bawa anak kecil ni banyak benda kena fikir kan, tak boleh nak adventure sangat. Keselamatan anak-anak tetap nombor satu!
Waktu untuk mandi manda di Air terjun ini adalah pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Nak masuk sini pun bukan free yer, sila bayar entrance fee RM2.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untu kanak-kanak (5 - 12 tahun) .
Di pintu masuk terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai pelampung dan bola untuk kanak-kanak. Pelbagai jenis makanan juga ada dijual disini , boleh la beli bawa pergi picnic tepi air terjun. Lepas mandi konfem lapar kan?
Tengok lah, happy betul The Arifs dapat main air terjun yang sejukkkkk~~~~ Serius sejuk sangat, dah la masa kami datang ke sini, baru lepas hujan. Ingatkan pergi sini pukul 2 petang air yer kurang lah sejuk, rupanya makin sejuk sebab hujan... The Arifs main air rileks jer... mama yang tak tahan nak rendam lama-lama.
Di sini juga terdapat slide yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Syok juga main air di sini, macam kat theme park pula.
Kat sini banyak batu-batu besar, dan air yang sangat jernih. memang syok spend family time di sini.
Air terjun berada di tingkat atas. Huda tak puas hati jadi huda mendaki tangga untuk lihat air terjun dengan lebih dekat.
Fuh, penat juga mendaki anak-anak tangga yang berbagai saiz kat sini. kejap besar, kejap kecik, kejap tinggi, kejap rendah.. fuh... nasib naik atas ni sorang-sorang jer, anak-anak syok mandi manda kat bahagian bawah.
Hmm, kecewa, kawasan yang ada air terjun berpagar. dapat tengok dari pagar jer la. Boleh naik atas lagi, tapi rasa takut pulak, sebab waktu dah semakin petang.
Anak-anak tak puas mandi lagi sebenarnya, tapi huda terpaksa jugalah ajak naik. sebab pukul 5 petang kawasan ini di tutup. Kami bersihkan diri di bilik air yang di sediakan dan solat asar sebelum bergerak balik.
Kenangan family potrait di hutan lipur Lata Belatan.
Keluar dari kawasan hutan lipur Lata Belatan, sampai di Kampung Jabi. Wajib try satay Jabi yang terkenal di sini. Harga untuk satay 20 cucuk RM14.00 sahaja, nasi impit dan timun RM1.50. Kitorg minum air kosong jer, jimat kalori, makan satay kan dah banyak kalori. hehe...
Total expenses untuk road trip ke Lata Belatan
Minyak kereta : RM 30.00
Entrance fee : RM 5.00
Satay Jabi : RM 15.50
Overall, trip kali ni ke Air terjun Lata Belatan memang syok, rasa kena repeat lagi sebab tak puas! InshaAllah next time nak bawa The Arifs teroka destinasi menarik lain di Terengganu pula.
3 Comments