The Mayang Place ,Pantai Batu Buruk , Kuala Terengganu - Tempat dinner pelbagai pilihan!



Lepas siap solat Maghrib, Encik suami tanya nak makan kat mana? Ikutkan rasa macam kenyang, jom la kita terjah The Mayang Place, banyak pilihan menu makanan yang tak berat untuk dinner. The Mayang Place ni terletak di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 

The Mayang Place terdapat deretan gerai makanan yang memberikan kami pelbagai menu makan malam.  Antara gerai yang terdapat disini :- 

- Satay Warisan
- Nasi Dagang
- Dim Sum
-Steamboat
-Shell Out
-Kambing Bakar Guangzhou
- Fish Shack  dan macam-macam lagi









Huda suka lepak dan makan di sini sebab ruang yang luas dan terbuka. Di sini juga ada butik batik, kedai dan 7 Eleven. Di ruang atas The Mayang Place ini terdapat dewan untuk disewa untuk pelbagai majlis. 

Okay, setelah survey-survey nak makan apa, akhirnya kami order menu yang kami dah lama tak makan iaitu Satay! Favourite The Arifs. 20 cucuk satay dan nasi impit berharga RM15.00 sahaja. Huda pula setiap kali datang The Mayang Place ni wajib order Dim Sum. Huda pilih dim sum cheesy chicken dan tomyam chicken. Total RM8.00 . Kami minum air sirap bandung, RM2.30 segelas. 






Siap makan, azan isyak pun berkumandang. Kami semua terus menuju ke Musolla yang di sediakan di The Mayang Place.  Okay lah, surau bersih dan selesa. Lega dah siap solat isyak awal-awal, sebab lama lagi nak sampai rumah ni. Takut sampai rumah dah kepenatan terus nak tidur.





Siap solat baru kami ikut encik suami jumpa customer untuk COD barang dan hampir sejam lebih baru sampai ke rumah.  Alhamdulillah, sungguh tak rancang pun nak balik lewat malam hari minggu ni, sebab esok Arif Haikal nak sekolah, namun ada hikmah Allah aturkan kenapa perancangan awal meeting dengan customer tertangguh sampai ke malam. Rezeki dapat makan sedap-sedap di The Mayang Place rupanya, sebab tu Allah aturkan perancangan asal tersasar. 

Ok kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang The Mayang Place ni, boleh follow media sosial dan hubungi nombor di bawah: - 




Post a Comment

1 Comments

azlina ina said…
bestnya..okay.Lepas ni kena cari restoren ni.Sedap tu satay.. gulp! Murah sangat tu.. terima kasih huda.