Kuih Unik Terengganu – Tepung Pasung - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Kuih Unik Terengganu – Tepung Pasung

Kuih Unik Terengganu – Tepung Pasung

Share This
Kuih Unik Terengganu – Tepung PasungHari ini huda pergi Pasar Payang yang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan-makanan tradisional Terengganu dan pelbagai pilihan fabrik dan tekstil seperti songket, batik dan sutera.  Huda rajin pergi Pasar Payang kebelakangan ni, sebab saja-saja isi masa lapang dengan offer servis Personal Shopper Pasar Payang. 

Jadi rakan-rakan yang jauh dari Terengganu tapi teringin nak pakai baju songket, batik ke sutera Terengganu boleh la pakai sebab niat huda nak bantu orang lain juga. Tak untung mana pun , sebab huda lebih kepada membantu dan tunaikan hasrat orang lain. Macam bulan lepas, ada seseorang mesej huda di FB, dia kata terjumpa blog huda lepas dia search di google “ Personal Shopper Pasar Payang” . Huda bantu dia sampaikan hasrat dia nak belikan serunding daging untuk bagi kepada makcik yang bakal menunaikan haji di Tanah Suci. Alhamdulillah, happy sangat lepas orang tu hargai usaha huda tunaikan hasrat dia tu. 

Hari ini huda pergi lagi Pasar Payang, tunaikan hajat seorang kawan huda nak bawa balik serunding daging ke Jepun. Dia menetap di sana, kebetulan balik Malaysia sekejap. Settle belikan dia serunding, huda lalu di gerai yang jual pelbagai kuih muih tradisional Terengganu. Hati ini tertarik yang beli kuih yang huda tak pernah makan sebelum ni. Walau bertahun huda dah bermastautin di Terengganu, banyak lagi tau makanan huda tak kenal dan tak pernah makan!

Kuih Unik Terengganu – Tepung Pasung



Ini dia kuih yang huda beli tadi. Nama diberi “Tepung Pasung” . Unik kan nama kuih ni, seunik bentuk kuih ni. Dengan harga RM1.00 huda dapat beli 5 biji kuih tepung pasung yang comel ni. Rajin yer kan orang yang buat kuih ni. Bila try makan satu, wah, sedap juga. Tak terlalu manis. Rasa berlemak santan dan manis-manis. Mujur huda beli RM2.00 tadi, dapat 10 biji. Memang puas lah makan.



Tepung Pasung ini diperbuat dari santan dan tepung beras ( lapisan atas) dan lapisan bawah mengandungi tepung beras, santan serta gula “Nissan” atau gula kelapa yang diperbuat daripada bahan nira kelapa.


Next time shopping di Pasar Payang, huda nak beli lagi la Tepung Pasung ni. Dah la harga murah,sedap pulak tu. Sorry, kuih Tepung Pasung ni tak boleh shipping, hehe.. So huda tak amik kuih ni dalam barang-barang yang boleh order dengan Personal Shopper Pasar Payang ni yer. 

Nanti korang berkunjung ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah Pasar Payang dah cari kuih ni. Seronok cuba makanan baru ni, tambah pengalaman hidup orang kata. Banyak lagi kuih tradisional serta makanan unik Terengganu yang huda masih belum cuba. So next time huda try makanan baru, huda share yer.  Jumpa lagi di entry akan datang. 

1 comment:

Post Bottom Ad

Pages