Impian tercapai hadiri Bengkel Saham Intensif 2018




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Huda syukur sangat-sangat, akhirnya impian yang tertangguh hampir 2 tahun tertunai akhirnya. Impian huda nak jana pendapatan melalui perlaburan saham patuh syariah dengan bimbingan dan ilmu dari mentor saham , Puan Asma Nasaruddin sudah tertunai dengan izin Allah. Syukur. 


Pada 14 dan 15 Julai 2018 huda hadiri Bengkel Saham Intensif 2018 yang di adakan di Menara PGRM Cheras. Huda bertolak dari Kuala Terengganu menaiki bas pada jam 9.00 malam dan sampai ke Terminal bersepadu Selatan jam 4.30 pagi. Sementara menunggu pukul 8.30 untuk ke Menara PGRM, huda habiskan masa dengan duduk di kerusi di ruangan menunggu di TBS. 


Dari TBS, huda menaiki LRT menuju ke Maluri. Dari stesen LRT Maluri huda terus berjalan kaki lebih kurang 300meter menuju ke Menara PGRM. Semangat kan nak tuntut ilmu saham, jauh travel dari Kuala Terengganu. Hehe…


Alhamdulillah, huda sampai sebelum bengkel bermula. Huda duduk bersama dua orang adik beradik yang sudah pencen dari bekerja makan gaji dan baru bermula mencari ilmu tentang saham. Nampaknya bukan huda seorang yang punya impian nak tuntut ilmu saham di Bengkel Saham Intensif ini. 


Bengkel Saham Intensif ini bermula pukul 9 pagi dan habis pada pukul 5 petang selama dua hari, hari sabtu dan ahad. Peserta bengkel kali ini dari pelbagai pelusuk Malaysia, ada sanggup terbang dari Sabah, travel naik bas macam huda, dan ada yang berasal dari KL dan Selangor. Bengkel Saham Intensif ini menggupas ilmu saham paling basic ke tahap advanced. Jadi sesiapa sahaja boleh hadir, walau zero tentang saham ni, pun boleh hadirkan diri. 


Alhamdulillah, selepas 2 hari hadiri bengkel saham intensif ini, huda sudah faham selok belok bagaimana nak mulakan langkah untuk mula trading dan invest di pasaran bursa saham Malaysia. 


Puan Asma banyak berkongsi tips dan ilmu dari pengalaman beliau yang sudah bertahun-tahun menceburi bidang saham di Malaysia ni. 


InshaAllah segala ilmu yang di curahkan huda akan manfaatkan sebaiknya. Doakan huda yer Berjaya profit setiap kali melabur.


Owh ya, kalau korang juga berminat nak belajar saham dari zero to advanced huda sangat rekemen korang datang Bengkel Saham Intensif ini selama 2 hari. InshaAllah, lepas habis bengkel boleh start melabur dan untung!! 

KLIK >> BENGKEL SAHAM INTENSIF << untuk maklumat lanjut dan tempah seat anda sekarang!

Post a Comment

20 Comments

Fiza Aizzawa said…
Alhamdulillah.. semoga berjaya dalam bidang yg diceburi..
Fadzi Razak said…
Kadang-kadang teringin jugak join bengkel bengkel macam ni. Tapi dapat pulak sejenis anak yang tak nak berenggang dengan mak dia. Even ada ayah dia pun, nak kene jugak ada mak sekali. Jadi terpaksa lah batalkan je hasrat nak join mana-mana bengkel.
Syiera Firdaus said…
Wah bagus ye ada bengkel saham macam ni. Syira pun tak tau sangat pasal saham ni. Teringin nak join satu hari nanti. Boleh tambah ilmu baru
adianiez AIDA said…
wah, excited ada dgn tajuk.
ingatkan ada tips tentang saham :)
aida x invest dlm apa2 yg bernama saham lagi.
so far concentration dgn tabung haji, education insurance dan 1 lagi.
pernah ada. tapi after few years, pulangannya tak brape lah. maybe sebab islamic fund. not so :(
JMR said…
Fuh kagum dengan semangat Huda datang dari jauh untuk menuntu ilmu saham..lepas ni boleh buat group blogger yg jual beli saham plak..
Baguslah program macam ni, Kalau Bonde ada masa boleh join bengkel saham macam ni, untuk tambah ilmu..
Mimie said…
Sebenanrnya bagus ada bengkel saham macam ni at least boleh mendedahkan kita dengan saham yang pauh syariah di samping jana keuntungan.saya pun suka unyuk melabur macam ni.nanti nak daftar bengkel ni lah
bagus datang macam ilmu macam ni. kita akan belajar banyak perkara baru yang insyaallah dapat memberi manfaat...apatah lagi ianya berkaitan dengan pelaburan syariah...
Abby Onety said…
Pengen tahu materi intinya, ilmu apa tentang bengkel itu. Disini hanya bercerita tentang perjalanannya saja. Bagi tahu dong ya
Abby Onety said…
Pengen tahu lebih banyak materi inti dari bengkel itu. Ilmu apa sahajanyang di perolehnya. Bagi tahu dong ke kita nih
Ibu Syurga said…
Bengkel macam ni memang mahal harganya dan selalu lah kena upsell. Kalau nak dapat hasilnya kena amalkan ilmu tu. Semoga bermanfaat pada sis dan mendatangkan pulangan lumayan
Mama Hakim said…
Mama tak minat sangat nak pergi kelas pelaburan saham macam ni. Mungkin sebab teknikal sangat. Tahniah pada sis kerana mencabar diri dan sanggup keluar belanja. Lepas ni tinggal amalkan saja untuk dapat hasilnya
Mazni Azmi said…
Kelas kelas macam ni kena kaji betul betul sebelum pergi. Ada yang hype je lebih tapi apa pun tak de. Kalau dah kaji dan memang yakin, berbaloilah duit yang kita belanja tu
Atikah Tahir said…
saya tak minat nak pergi kelas pelabuhan saham. tambahan pulak harga kelas ni mahal.. semoga berjaya kak :D
Hanny Abdullh said…
Sis kalau saham2 ni mmg tak berapa reti sgt. Ada yg ajak main saham n ajak bekajar tapi sis kurang minat..lagi pun ongkosnya tak byk utk melabur..hehehe
precious cla said…
Untung tau dapat join bengkel seperti ini. Saya sebenarnya suka juga nak join tapi, kerja dengan majikan swasta memang tak-lah. cUTI SIKIT PUN DA KENA TANYA NAK BUAT APA CUTI-CUTI NI.GRRRR ^^
Ruby said…
Wah bestnya akak pi bengkel saham. Ok tak akak? Senang tak nak belajar? Saya ni macam dah tepu skit otak. So nak belajar kena guru yang kreatif untuk bagi saya faham. Hahaha.
Unknown said…
Pergi belajar melabur memang penting supaya tak salah labur dan hilang duit yang di simpan sekian lama. Memang rugi
sitirohaida said…
Saham ni nak kena belajar selok beloknya. Husband pun ada juga bermain dengan saham ni, serius memang nampak susah. Sebab tu nak kena ada ilmu. Moga huda sukses dalam saham ni..
aeinnamusa said…
bagus nya rajin menuntut ilmu