Cara Buka Akaun CDS di Maybank Investment - Kisah & Cerita Huda

Post Top Ad

Cara Buka Akaun CDS di Maybank Investment

Cara Buka Akaun CDS di Maybank Investment

Share This





Assalamualaikum. Hari ni huda nak kongsi pengalaman huda buka akaun CDS di Maybank Investment, Kuala Terengganu pada bulan lepas. Semoga perkongsian ini membantu korang yang mula terbuka hati nak melabur di Bursa Saham macam huda ni. 



Apa itu Akaun CDS ?


Nama penuh akaun CDS adalah Central Depository System. Fungsi CDS akaun ini sama seperti kita buka akaun simpanan. Segala transaksi jual beli saham akan direkodkan dan disimpan di dalam akaun CDS. Akaun CDS ini boleh dibuka di semua broker berdaftar dan lebih mudah daftar di bank investment seperti Maybank Investment.



Cara Buka Akaun CDS di Maybank Investment





Biasanya setiap cawangan Maybank ada satu kaunter Maybank Investment. Pergi ke kaunter Maybank Investment dan bagitau nak buka akaun CDS.

Sebelum tu korang kena pastikan :

1) Umur 18 tahun ke atas

2) Dah ada akaun Maybank2u

3) Bawa IC 

5) Jika berbisnes macam huda, bawa SSM yang original

6) Jika bekerja just bagitau kerja di mana dan mungkin akan minta slip gaji.

7) Duit RM10 untuk caj pembukaan akaun CDS


* suri rumah dan student tak boleh buat yer akaun CDS di Maybank Investment sebab tiada bukti slip gaji atau pendapatan. 


Tempoh proses akaun CDS di Maybank Investment ni memakan masa lebih kurang 10 hari. 


Bila dah siap akaun CDS tu, pasti baca user guide yang di beri sebelum mula melabur di bursa saham. 

Untuk korang yang berada di Kuala Terengganu boleh berhubung terus dengan Cik Aina untuk sebarang pertanyaan. 







Rezeki masa buka akaun CDS ni Maybank buat jamuan raya, langkah kanan dapat makan makanan sedap-sedap di jamuan raya di Maybank Kuala Terengganu. Kenangan bergambar bersama Cik Aina


Huda dah buka akaun CDS, korang bila lagi nak start jana duit dengan perlaburan? Tapi sebelum melabur pastikan ada ilmu yer . Baca pengalaman huda join BENGKEL SAHAM INTENSIF 

Sekian perkongsian ringkas huda hari ni, harap memberi manfaat .


1 comment:

  1. Alang2 ada peluang untuk membuka akaun pelaburan, why not. :D

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Pages