Hai korang semua… Pagi ni huda cek calendar, eh ada cuti sekolah la bulan depan. Korang dah ada plan ke nak pergi mana nanti? Untuk yang masih takde perancangan tu, meh laa huda share plan huda untuk bercuti dengan family. Mana tau, kot-kot korang boleh dapat idea untuk isi masa sepanjang musim cuti nanti. Takyah susah-susah buat research sana-sini. Boleh pakai itinerary huda je. Jimat masa dan tenaga korang =)
Nak pegi mana? Haa untuk kali ni, kami sekeluarga akan ke Pulau Pinang! Huda memang rindu giler nak pergi Pulau Pinang tau. Last time pergi ke Pulau Pinang masa awal-awal kahwin dulu, lebih kurang 6 tahun lepas. Masa tu pergi berdua jer. InshaAllah kali ni, kami pergi berempat! Excited yer!!!
Dulu pergi ke Penang, suami huda drive. Bila ingat balik memang penat. Banyak kali juga berhenti, sebab driver mengantuk dan letih. Leceh kan nak drive dengan jarak yang jauh ni. So kali ni, jom Kita terus je fly Kuala Lumpur to Penang. Takyah penat-penat. Dengar cerita Traveloka ada buat banyak promo tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Penang. Lagi-lagi time ada special occasions. Haa time tu la I grab peluang untuk beli awal-awal tiket flight and book hotel sekali. Diskaun kaw-kaw. Memang berbaloi. Dah setel bab tiket and hotel.
Itinerary Trip ke Penang
Okay sekarang huda nak kongsi itinerary huda pada korang. Huda setiap kali travel suka rancang betul-betul nak buat apa, supaya trip holiday dengan family sentiasa sempurna.
Hari Pertama
Touch down je kat airport Bayan Lepas, kami plan untuk naik Grab terus ke Shamrock Beach Villas 12 yang terletak berhampiran Pantai Batu Ferringhi. Untuk pengetahun korang, Grab adalah transportation mode yang paling reasonable dan mudah didapati di mana-mana tempat di Penang. Check in je ke bilik, kami akan ambil sikit masa untuk rehat. Faham-faham jer bila travel dengan anak-anak kecil ni, kita kena bagi anak-anak rehat dulu. Lepas dah recharge bateri anak-anak, baru boleh keluar untuk bersiar-siar ambil angin petang kat Batu Ferringhi. Mesti hilang stress dapat tengok lautan yang luas. Haish…tak sabar pulak rasanya nak tunggu cuti nanti.
Menjelang malam, kami akan pasar malam Batu Ferringhi untuk cari dinner. Tema makan malam pada hari tersebut adalah street food. Menurut apa yang huda baca kat blog-blog lain, ramai yang suggest untuk cuba char koew teow dan rojak pasembor yang dijual oleh penjaja-penjaja kat situ. Assam laksa pun tak boleh miss. Mesti kena cuba. Haih, telan air liur sambal type niii. Terbayang kesedapan street food di Penang. Selain tu, korang juga boleh shopping souvenir untuk dibawa pulang. Banyak barangan dijual dengan harga murah.. Pandai-pandai la tawar-menawar yee.
Hari Kedua
Keesokannya pula, selepas bersarapan, kami akan terus menuju ke Penang Botanic Gardens, atau nama lainnya, Waterfall Gardens. Taman ni merupakan tempat yang ideal bagi mereka yang sukakan tumbuh-tumbuhan. Sambil hirup udara segar kat sini, korang juga boleh cuci mata tengok keindahan macam-macam jenis pokok dan banyak monyet-monyet comel. Haa, janganla pulak bawak makanan ye. Nanti kang kena serbu pulak dengan monyet-monyet kat siniii. Kalau ada masa lebih, bolehla singgah ke air terjun yang terdapat di sini. Bestnyaa, dapat celup kaki pun jadilaa.
Dari sini, kami akan ke Ayer Itam untuk pekena Nasik Kandar Kampung Melayu. Orang cakap kena pegi awal, kang habis. Haaa. Walaupun terletak di tingkat bawah flat kos rendah Kampung Melayu di sini, kedai ni tak putus-putus dikunjungi orang ramai. Sampai kena beratur. Haaa sebab tu huda bagitau awal-awal tadi , tak boleh lambat. Kalau tak, kempunan nanti ;p
Destinasi seterusnya lepas selesai makan tengahari ialah Penang Hill atau lebih dikenali dengan nama Bukit Bendera. Kat sini, boleh la ambil gambar banyak-banyak sebab surroundingnya yang cantik, aman dan damai. Terdapat juga banyak spesis burung yang ada di sini. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti bird watching kan. Lepas tu, bolehla pekena ais krim kat atas tu sambal feeling ambik gambar. Waaah, bestnyaaa.
Hari Ketiga
Untuk last day di sini, kami mulakan hari dengan mandi-manda kat Pantai Batu Ferringhi. Time nii dapat la lepas gian nak berenang. Kalau korang plan untuk spend banyak masa kat sini, boleh la try banana boat atau parasailing yang dikendalikan oleh operator-operator kat pantai ni. Habis mandi, kami akan balik semula la hotel untuk pack up dan get ready untuk balik ke KL. Selesai percutian 3 hari 2 malam di Pulau Pinang. Singkat tapi padat. Orang putih cakap short but sweet. Hihi. Untuk yang ada suggestion best lain, korang boleh tinggalkan komen ye. Nanti huda check. Anyway, thank you sudi baca perkongsian huda kali ni. Jumpa lagi dalam next post. Selamat berhujung minggu gaisss!!
21 Comments
Janji Kita