Arwana Perhentian Resort merupakan salah satu lokasi percutian dalam wishlist yang huda nak pergi sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah huda dah jejakkan kaki dan stay di sini selama 3 hari 2 malam. Huda tahu ramai juga yang teringin nak datang sini kan? Sebelum pergi tu, jom baca dulu review dari huda.
Review Arwana Perhentian Resort
Lokasi Arwana Perhentian Resort ini terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut Terengganu. Resort ini juga merupakan lokasi pengambaran Hero Seorang Cinderella pada tahun lepas. So korang boleh expect la kan, kalau buat shooting drama mesti resort ni cantik dan antara resort tercantik di Pulau Perhentian ni. Sepanjang huda berjalan di kawasan Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar ni, Arwana Perhentian Resort merupakan satu-satu resort yang ada jeti sendiri dan paling besar dan nampak mewah berbanding resort dan chalet-chalet lain-lain yang terletak di sini. Di kawasan lain di Pulau Perhentian Besar ni ada jer resort lain yang setaraf dengan Arwana Resort ni dan harganya juga agak mahal.
Untuk sampai ke Arwana Perhentian Resort ini , ada satu jer cara iaitu naik speed boat. Jadual speed boat dari Jeti Kuala Besut ke Arwana Perhentian Resort seperti berikut : -
7.00 am
9.30 a.m
10.30 a.m
2.00 p.m
4.30 p.m
Dari Arwana Resort to Kuala Besut Jetty
8.00 a.m
12.00 p.m
4.00 p.m
Arwana Resort ni berkolaborasi dengan Kuala Besut Travel (KBT) . So kalau nak ke Arwana Resort ni kena beli tiket boat dari Pn. Rosnani , boleh hubungi beliau terus di +6019 – 9344 948 untuk pertanyaan dan tempahan tiket boat. Harga tiket boat RM35.00 untuk kanak-kanak dan RM70.00 untuk dewasa ( Boat pergi dan balik)
Pengalaman bercuti di Arwana Perhentian Resort
Alhamdulillah, rezeki huda atas tiket blogger, huda dapat stay di bilik Family Executive Room ( Harga bilik ini RM370 / night) yang diletak betul-betul dihadapan swimming pool. Ikutkan booking bilik Deluxe Family ( Harga bilik RM299 / night) Hanya ada 8 unit sahaja Family Executive Room di sini. Bilik Family Executive room ini ada 1 katil Queen, 2 katil single. Memang luas dan sangat selesa untuk kami berempat menginap di sini selama 3 hari 2 malam.
Kemudahan dalam bilik ada penghawa dingin, toilet pun lengkap hot & cold shower, ada kettle, coffee & tea serta air mineral 4 botol kecil. Ada juga penapis air disediakan oleh pihak resort untuk refill air, jadi boleh jimat dari membeli air minuman sepanjang percutian di sini.
Semua hotel di Pulau Perhentian ni guna kuasa dari generator. Jadi 2 kali sehari akan ada gangguan bekalan elektrik. Namun cuma sangat sekejap dalam 5 saat.
Jom huda bawa korang jalan-jalan layan permandangan cantik di Arwana Resort Perhentian pada waktu malam dan waktu pagi.Serius rindu giler nak layan view cantik kat sini lagi.
The Arifs paling enjoy dok sini, asyik la main air sampai habis kecut-kecut dah jari jemari tu. Huda hari ketiga, sebelum balik baru sempat nak main air dalam swimming pool ni. Anak-anak dan suami repeat mandi 2 hari berturut-turut. Yer lah, swimming pool depan mata, mestilah diorang excited.
Dah sampai ke Pulau Perhentian maka wajiblah pergi snorkeling. Di sini juga korang boleh tempah terus water sport yang korang nak buat macam snorkeling, diving, dan berkayak di laut. Syok weh... Sekali try trus jadi addicted... Selain tu, untuk malam hari boleh enjoy menyanyi di Karaoke room.
Bab makan pula, korang tak perlu risau, kat sini memang superb! Makanan sedap, pandai betul chef kat Arwana Resort ni masak, sampai hari ni teringat-teringat masakan dia. Korang tinggal sediakan duit jer, hehe...
Breakfast Buffet
- RM24 ( Dewasa) dan RM16 ( Kanak-kanak) .
BBQ Dinner Buffet
- RM56 ( Dewasa) dan RM 31 ( Kanak-kanak).
Nak makan ala carte pun boleh tau. Macam kitorang pilih makan ala carte jer. Seronok makan kat restoren Ala Carte Arwana ni sebab sambil makan, sambil layan permandangan laut dan angin yang mendamaikan. Perfect! Harga pulak bagi huda berpatutan la untuk resort di pulau. Harga chicken chop set + Lime Juice RM15.90, set roti canai 2 keping + teh tarik RM6.00 dan nasi goreng kampung tapi mewah giler ( ada ayam, daging, udang , sotong dan ikan bilis ) RM16.00 .
Selain itu, kalau korang sempat grab promosi happy hour mesti lagi best tau. Huda hari tu tak sempat nak grab promosi ni. Huhu, time promosi tengah buat apa entah.. Rugi betul sebab terlepas!
Di Arwana Perhentian Resort juga ada kedai souvenir yang lengkap dengan pelbagai barang keperluan penjagaan diri, cenderahati , makanan dan minuman. So jika terlupa beli barang tu kat darat, kat pulau ni pun ada, beli jer. Standby extra cash yer, harga haruslah standard harga pulau, hee...
Pro and Cons Bila Bercuti di Arwana Perhentian Resort
Setelah stay di sini selama 3 hari 2 malam, huda dapati perkara best stay di sini , resort yang bersih dan cantik...Tapi kan....
Untuk korang yang agak-agak budget cam huda ni bila travel, tapi nak teroka seluruh Pulau Perhentian , ada sedikit cabaran di situ. Arwana Perhentian Resort tidak menyediakan water taxi, maka korang harus berjalan kaki mencari chalet-chalet lain yang terletak di sekitar Teluk Dalam yang menawarkan perkhidmatan water taxi. Lokasi Arwana Perhentian Resort ni agak jauh untuk pergi ke Long Beach, pergi ke Kampung Nelayan dan nak ke Windmill. Di Pulau Perhentian, kita nak ke mana-mana harus menaiki water taxi. Cuba tengok rate water taxi ni... boleh tahan harganya. mahu garu kepala fikir, sebab kena darab dengan 4 orang ( kami anak beranak) , pastu kena darab dua untuk cover pergi balik..
Plan huda selepas snorkeling dalam lepas asar tu nak ke Long Beach, kemudian naik windmill dan menikmati sunset di Coral Bay terpaksa dilupakan atas sebab budget yang diperlukan agak besar. Huhu... Perkhidmatan water taxi selepas pukul 7 petang akan menjadi double yer.
Di sini juga tiada perkhidmatan ATM, maka sila bawa wang yang secukupnya. Di kampung Nelayan huda ada nampak logo agen bank BSN, mungkin boleh keluarkan duit di sana.
So, korang boleh la sediakan budget secukupnya jika nak teroka seluruh Pulau Perhentian ni yer..
Okay, rasanya setakat sini perkongsian pengalaman huda bercuti di Arwana Perhentian Resort. Nak tahu lebih detail hubungi terus : -
+609 7780888, +609 7781888 , +609 7528188
09-7782288
enquiry@arwanaperhentian.com.my
Layari laman web : http://arwanaperhentian.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/ArwanaResort/
Instagram : @arwanaperhentianresort
Owh ya, tips jimat nak stay di sini, booking pada awal tahun dan alert dengan promosi sehingga 50% rate accomodation di sini. Rajin-rajin cek media sosial Arwana Resort ni yer. Semoga perkongsian huda ni membantu korang yang plan nak datang bercuti di sini. Jemput juga baca itinerary percutian huda selama 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian di sini >> TRAVELOG PERCUTIAN di PULAU PERHENTIAN <<
Instagram : @arwanaperhentianresort
Owh ya, tips jimat nak stay di sini, booking pada awal tahun dan alert dengan promosi sehingga 50% rate accomodation di sini. Rajin-rajin cek media sosial Arwana Resort ni yer. Semoga perkongsian huda ni membantu korang yang plan nak datang bercuti di sini. Jemput juga baca itinerary percutian huda selama 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian di sini >> TRAVELOG PERCUTIAN di PULAU PERHENTIAN <<
6 Comments
hmmm bajet kena besar la kan.
sebab pulau cantik, kan. ramai dtg. harga dia letak la lebih skit.
aida lom pernah ke sana.
konon nyer nak ke sana bulan 10.
tapi, survey, katanya laut besar time tu. not advisable.
in shaa Allah next year. tq for sharing.