Puas hati dengan MUA di Kuala Terengganu dengan harga berbaloi




Assalamualaikum. Hari ini seronok tengok gambar-gambar photoshoot minggu lepas di studio dan kali ini huda tempah sekali dengan perkhidmatan make up dari MUA dari Kuala Terengganu.

Untuk huda yang memang jarang sangat-sangat make up ni, huda pastinya nak pilih MUA yang huda percaya dengan hasil make up yang cantik. Semua wanita mempunyai impian tampil cantik di depan lensa kamera kan? Begitu juga huda, maka minggu lepas huda menempah seorang MUA dari Kuala Terengganu, Atyn Amran yang baru berusia 26 tahun aktif dalam bidang kecantikan dan modelling. 

Jom tengok hasil make up di wajah huda hasil sentuhan MUA dari Kuala Terengganu ini. 


Alhamdulillah, huda sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. Korang rasa huda nampak cantik tak? Hehe...

Ramai kenalan dan rakan media sosial puji hasil solekan dari MUA Kuala Terengganu ni.
Pujian ini semua sebab hasil sentuhan MUA dari Kuala terengganu yang sangat berbakat dalam seni kecantikan yang huda sendiri kagum. Hasil pengalaman beliau menjadi model dan juga menuntut ilmu kecantikan dari MUA terkenal di Malaysia, kini Siti Norsyaffizatin atau lebih dikenali dengan panggilan Atyyn semakin bergiat aktif dalam bidang servis persolekan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan dan pertunangan.



Pengalaman make up hampir 1 jam tidak terasa lama pun duduk di kerusi, sambil make up , bercerita dan berkongsi tips kecantikan. Seronok bila di mekap dengan MUA yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.


Berminat untuk tempahan servis MUA Kuala Terengganu ni?

Untuk mereka yang berminat untuk dapatkan servis MUA Kuala Terengganu ni mesti nak tahu kan berapa harga servis make up ni? 

Bagi huda, harga yang sangat berbaloi dengan hasilnya. Harga servis make up ini hanya RM180 sahaja!

Untuk sebarang pertanyaan boleh klik/ whatsapp

> >  www.wasap.my/60199633506 <<

Follow laman instagram MUA Atyyn Amran ( @atyynamran_mua) untuk promosi terkini dan tempahan.

Makeup is not a mask that covers up your beauty; it's a weapon that helps you express who you are from the inside. - Michelle Phan


Post a Comment

18 Comments

Anonymous said…
Berseri-seri tuuu
ai said…
Cantik kak huda.. lain nau..
Sally Samsaiman said…
Cantik kak...walaupun nampak minimal je mekap dia tapi outcome dia mmg berseri dan naik laa...suka tgk..lagi-lagi akak jenis kulit cerat...geram tgk warna lips! :D
Suria Amanda said…
Cantik mekapnya..alah..alah..bersemut blog sebulan bila tengok gambar ni...suka mekap natural dan minmal macam tu..tak over sangat dan nampak asli jer..
Qaseh Dalia said…
Cantik makeup dia
Mohaz Sue said…
Suka tengok..cantik
Syafiera Yamin said…
serious memang nampak kemas dia punya makeup nampak natural dan sweet tak nampak capuk langsung suka betul eyelash tu
Emily said…
Cantiknya makeup. I like the subtle tones, tak nampak thick makeup is the best. Love her skills on you, Huda. Berbaloi sangat!
Cantik makeup tu terutama eyeshadow tu. Looks fresh and natural jugak.
Betty's Journey said…
Such a happy family photo. The photo look natural and not too fancy or photoshop on it.
JMR said…
Nampak muka encik suami tu pun tersipu-sipu malu segan tapi geram tu..hehe
Canteknya. Dan memang murah dan berbaloi harga servis mua ni. Makeup nampak sangat naturel. Blh rekomen kat adik nak kahwin nanti
Hanny Abdullh said…
Cantik betul makeup yang dia buat...tak tebal tapi still terserlah. Bolehlah nanti rekomen gan kenkawan kalau nak mekeup2 ni
Abby Onety said…
Amboi cantiknya.... itu hasil make up nya segar banget kelihatannya. Membuat wanita cantik makin cantik dengan polesan make up natural mua ni.
Ahmad Munir said…
Pandai orang tu makeup.. tak berlebihan nampak natural
mas saari said…
Cantik dia makeup, nampak natural je.
Sue Izza said…
wowwwwww cntikkkkk
Ruby said…
Fuhh RM 180 tak dapat kat Kuala Lumpur kak. Huwaaa bestnya. Tu RM 1500 punya mekap. Beruntung akak dpt MUA yang guna produk serasi ngan akak. Hehe