Hobi huda membaca buku di waktu lapang. Mengasah minda dan membaca buatkan huda tenang dan seronok. Ibarat berjalan ke sesuatu tempat yang asing dan ke sesuatu masa yang lain. Antara genre kegemaran huda adalah buku inspirasi kisah kejayaan atau lebih dikenali dengan buku biografi.
Review Buku Odyssey Dari Lembah Ke Puncak
Kali ini huda berjaya khatam dalam masa sehari suntuk sebuah buku berjudul Odyssey Dari Lembah Ke Puncak yang menceritakan kisah liku-liku kehidupan sepasang suami isteri dalam membina bisnes bersama.
Buku yang mempunyai 170 muka surat, terdapat dua bahagian utama iaitu 18 bab pertama fokus kepada kisah Sharifah Ameelia Akma ,kemudian 23 bab berikutnya menyingkap kisah hidup dan kejayaan Zaidi Yusoff.
.
Bahagian Pertama
Selepas membaca 18 bab kisah Sharifah Ameelia Akma, hati huda sebagai seorang wanita cukup tersentuh. Huda juga pernah lalui susah senang ketika usia muda. Huda sangat kagum dengan sifat positif dalam diri beliau. Antara sifat yang semua wanita harus contohi adalah bagaimana mengawal emosi.
"Saya tidak suka meluahkan perasaan yang berlebihan atau terlalu emosi kerana saya sering merasakan ia akan melemahkan jati diri kita. "
Rasanya semua orang islam mempunyai impian yang sama, untuk menjejakkan kaki ke Mekah. Jom kita amalkan doa yang beliau amalkan setiap kali sujud. InshaAllah, Allah Maha mendengar dan maha memakbulkan doa kita semua.
"Dalam setiap sujud, saya tidak pernah putus berdoa, Ya Allah jangan matikan aku sebelum aku sempat menjejakkan kakiku ke rumah-Mu Ya Allah."
.
Di dalam buku ini juga, Sharifah Ameelia Akma berkongsi satu pesanan Prof Muhaya tentang bagaimana nak pastikan hajat kita tertunai.
"Jangan lupa solat tahajud,mohon Allah tunaikan hajat Sharifah". - Prof Muhaya
Sharifah Ameelia juga berkongsi kisah cabaran kehidupan dan onak ranjau sebelum berjaya mencapai impian beliau hari ni. Disebalik kejayaan yang dikecapi penuh 1001 kisah suka duka yang membentuk jati diri beliau.
.
"Semua orang mahu berjaya tetapi untuk berjaya bukannya semudah ABC. Semua orang ada impian . Tetapi berapa ramai orang yang sanggup berkorban untuk mengejar impian mereka? "
Bahagian Kedua
Di bahagian kedua, terdapat 23 bab yang mengisarkan kehidupan Zaidi Yusoff, sebagai seorang anak, seorang suami, seorang bapa dan juga sebagai seorang usahawan berjaya.
Kehidupan Zaidi penuh warna-warni, bertukar kerja itu ini demi Ameelia dan anak-anak. Namun ada suatu ketika Zaidi mula taksub dengan politik sehingga menyebabkan Zaidi dihumban ke lokap! Bagaimana nasib Ameelia dan anak-anak mereka?
Berminat nak dapatkan buku ini?
Mudah sahaja, boleh berhubung terus dengan Cik Putri di http://www.wasap.my/601128868898
Sekian coretan huda hari ini, InshaAllah masa akan datang huda akan berkongsi review buku lain pula. Jom kita membaca , membaca itu jambatan ilmu.
" Perjuangan rakyat banyak mengajar saya erti keberanian dan ketabahan "Pada tahun 2007, Zaidi memulakan bisnes bersama kawan. Hajat Zaidi untuk terus melangkah maju dalam bisnes, beliau pernah ke sebuah agensi kerajaan berkaitan pengeluaran produk minuman untuk mengetahui lebih dalam ilmu tentang ini....namun, herdik mereka kepada Zaidi :-
" Bisnes ini hanya akan berjaya jika orang Cina yang buat, bukan orang Melayu.... "Sifat orang berjaya pastinya tidak mudah mengalah, walau jalan kejayaan pastinya penuh onak ranjau, hasad dengki, pecah amanah dan pelbagai lagi sifat manusia yang mudah dikaburi bila wang ringgit menjadi matlamat. Semua ini mematangkan Zaidi dalam dunia bisnes sehingga kini , hampir 10 tahun membina nama yang gah dalam dunia bisnes.
" Pepatah ada berkata di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Dan saya telah buktikannya. "Itulah serba sedikit kisah tauladan dan inspirasi yang dapat huda coretkan di sini. Banyak lagi kisah hidup dan inspirasi yang korang boleh dapat di dalam buku ini.
Berminat nak dapatkan buku ini?
Mudah sahaja, boleh berhubung terus dengan Cik Putri di http://www.wasap.my/601128868898
Sekian coretan huda hari ini, InshaAllah masa akan datang huda akan berkongsi review buku lain pula. Jom kita membaca , membaca itu jambatan ilmu.
“The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.”
― Dr. Seuss
5 Comments