Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan
Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan
Huda suka buat sesuatu itu dengan minat yang mendalam barulah tak rasa terpaksa untuk bekerja setiap hari. Huda ada satu minat, atau hobi yang telah ditanam sejak kecil iaitu baking atau lebih mudah difahami suka memasak kuih-muih yang menggunakan oven. Impian dari dulu nak ada kedai bakery sendiri. Impian nak miliki kemahiran dalam cake decoration dan buat macam-macam desert cantik-cantik macam kat hotel .
Pencetus Inspirasi Bisnes
Pencetus inspirasi bisnes yang utama adalah ibu huda. Beliau menjual pelbagai jenis kuih raya ketika musim perayaan. Dari kecik huda dah tolong ibu di dapur dan bantu apa yang patut dalam melancarkan bisnes ibu. Huda membesar dengan hasil rezeki bisnes ibu juga suatu ketika dulu.
Selain itu, family huda suka tengok program masterchef . Setiap kali tengok peserta masterchef tunjukkan hasil baking diorang, huda rasa kagum dengan skill diorang. Dari situ minat huda dalam baking semakin mendalam. Huda ada seorang kakak dan dua orang adik perempuan yang berkongsi minat yang sama. Kami suka main masak-masak dengan mencuba pelbagai resepi baru yang kami dapat dari program masakan di TV.
Panduan Sebelum Memulakan Bisnes
Bermula dari hobi dan minat huda yakin dan mampu realisasikan impian huda memulakan bisnes bakery dengan jayanya satu hari nanti. Sebelum memulakan bisnes, huda mestilah bersiap sedia dengan ilmu bisnes supaya sentiasa di track yang betul, agar bisnes maju jaya semakin hari nanti.
Zaman alaf baru ni, semua informasi semua dihujung jari sahaja. Kita harus bijak manfaatkan ilmu dan perkongsian di internet. Huda suka merujuk laman sesawang theusahawan.com .
Bagi korang yang tak tahu lagi, laman sesawang ini banyak berkongsi tips-tips tentang bisnes dan keusahawan yang boleh kita jadikan panduan sebelum memulakan bisnes. Banyak sangat ilmu bisnes yang boleh jadi panduan huda sebelum memulakan bisnes antaranya Strategi Pemasaran Power untuk Beginner.
Korang juga boleh follow Facebook page The Usahawan untuk dapatkan tips bisnes terkini.
Korang juga boleh follow Facebook page The Usahawan untuk dapatkan tips bisnes terkini.
Selain ilmu bisnes, huda juga harus mantapkan skill baking huda. Selama ni huda belajar baking secara tidak formal melalui pemerhatian huda tengok ibu dan kakak memasak, melalui TV dan juga Youtube . InshaAllah satu hari nanti huda nak masuk kelas yang formal, belajar dari mereka yang pakar dalam bidang baking ini.
Sekian perkongsian impian bisnes yang huda ingin mulakan, satu hari kelak. InshaAllah. Doakan impian huda ini terlaksana dengan jayanya.
Saya suka jugak baking ni. Delu masa sebelum kahwin boleh kata tiap minggu buat sebab adik-adik suka makan kek. Sekarang ikut mood je, Haha
ReplyDeleteAamiin..semoga tercapai impian Huda nak buat bisnes bakery lepas ni. Saya pun suka baking tapi untuk makan sendiri je :D
ReplyDeleteSemoga boleh capai impian mu ya. Macam2 impian nak buka ni buka tu tapi yang penting kita ada minat dan modal untuk memudahkan kita menuju impian kita tu.
ReplyDeletewah.. bagus impian sis ni.. semoga tercapai dan menjadi kenyataan yea.. TB pun tumpang happy dan bangga dengan sis..
ReplyDelete9/10 rezeki adalah dari berniaga. Kak nina doakan. Huda terus maju jaya dalam apa bisness yang Huda ceburi. Ada ilmu, ada kemahiran, ada minat InsyaAllah berjaya!
ReplyDeleteAamiin
Saya pun suka tgk program2 masakan, tapi ke arab bidang bakery ni sangat mencabar. Kena ada daya tahap kesabaran yang tinggi kan. Kalau tak nanti kek jadi bentat la, kek tak cukup moist. Apa pun good luck huda in your future business!
ReplyDeletebisnes baking mmg boleh pergi jauh. Kalau rajin mmg boleh dapat keuntungan. Good luck ya untuk penyertaan
ReplyDeleteKalau nak belajar meniaga mula dengan benda yang modalnya kecil je. Tak payah keluar modal pun dah ada perniagaan macam tu. Jadi drop ship ke
ReplyDeleteSekarang ni ramai orang hilang kerja kerana ekonomi merudum, syarikat besar glc dan bank pun banyak buang orang. Semoga kita usaha dari awal untuk asah bakat meniaga.
ReplyDeleteJangan tunggu dah sesak dan senak baru nak belajar
I'm thinking to start my business too but not sure how to start. Perhaps, I should watch the show too to give me an idea.
ReplyDeleteSis kurang minat sikit baking ni, tapi kalau terpaksa atau atau requeat anak je baru buat. So kena lah cari minat lain kalau nak buat busines..hehehe
ReplyDeleteSaya bab2 baking fail..tp suka buat brownies ja utk anak2 mkn...
ReplyDeleteSuka memasak ja sebab boleh campak2 tanpa ikut sukatan😂
Baking business is wide now in Malaysia. I have not check the website. Seem interesting and become your own entrepreneurs.
ReplyDeleteI enjoy baking as well. When I was a student, I used to bake a lot, then my mother bising bill electric tinggi!! So, that killed my mood. Now that I am paying the bill, I don't have time or energy to bake anymore. Hope you will start your baking business one day and that it will be successful.
ReplyDeleteMemulakan bisnes kena ada minat, usaha dan kena byk berkorban masa dan ringgit. Ilmu pengetahuan dan marketing itu perlu agar kita tidak gagal dlm bisnes.
ReplyDeleteWah menarik ni. Saya pon barubaru nak start bisness sendiri ni. Nanti nak tgok la apa yg ada kt website tu
ReplyDeleteMacam senang je nak start business yang kita suka! Thanks for the sharing, hopefully once we start boleh la untung and maintain it.
ReplyDeleteDalam perniagaan, perkara paling susah adalah nak "mula". Ada aje ketakutan dalam diri. Sebab kebanyakan tidak sabar menunggu hasil. Pupuk dalam diri untuk 3 atau 6 bulan pertama adalah tempoh percubaan. Kenali audience di lokasi anda berniaga. Kalau melalui jualan online lain pula strategi. Kena kreatif. Jangan takut, sebab bersaing secara sihat insyaAllah Allah permudahkan. Memang ramai berniaga kukis. Tapi selera orang subjektif. Ada yang mereka suka, ada yang tidak. Chaiyok! akak ruby pun berniaga juga dari kecil. takut nak pi jual keropok dan nasi lemak. jerit-jerit nasi lemakkk. bila orang beli tu memang satu perasaan best. kalau dikenang, dah boleh senyum teringat.
ReplyDelete