Sambutan Birthday Papa ke 32 - Puasa Vs Raya


Alhamdulillah. Murah rezeki sepanjang bulan Jun. Di bulan Jun kita berpuasa 2 minggu dan kemudian menyambut syawal. Sekali lagi tahun ni, birthday papa jatuh di bulan puasa, jadi sambutan birthday papa pun kena buat tema Ramadan la kan.

Sambutan Birthday Papa ke 32 - Puasa Vs Raya

Sambutan Birthday Part 1 

Pada 12 dan 13 Jun yang lepas, huda dan keluarga meluangkan masa dan mencipta memori indah bersama sempena menyambut birthday encik suami (Papa The Arifs) yang ke 32. 

Lokasi yang kami pilih adalah Kuantan , Pahang dan hotel yang kami menginap adalah Shahzan Inn, Kuantan. 

Sebab utama kami pilih lokasi ini adalah dulu kami belajar di UIA Kuantan, dan banyak memori puasa di sini. Antaranya memori berbuka puasa di padang ala-ala picnic kemudian menunaikan solat sunat terawih di Masjid Negeri Sultan Ahmad, Kuantan Pahang. 




Suprise untuk Papa

Check in hotel dalam pukul 2.30 petang. Papa memang kepenatan sebab drive dari seawal 6 pagi dari Kuala Terengganu, kemudian layan anak-anak shopping raya di East Coast Mall, Kuantan. 
Sementara papa berehat lelapkan mata, huda dan anak-anak siap-siap deco simple jer untuk papa. 


Beberapa hari sebelum bercuti, huda dan siapkan Chocolate Basket ni untuk birthday boy. Seronok tengok suami dan anak-anak pun sibuk nak makan sekali. Alhamdulillah, berkat betul, tahan lama, makan sikit-sikit simpan dalam peti.


Sambutan Birthday Part 2 

Setiap tahun TGV Cinemas akan bagi free movie tickets sempena birthday month papa. Setelah berkira-kira, ada satu jer masa nak tengok wayang kat TGV sepanjang bulan Jun ni. Maka, pada hari raya kelima, kami semua sambut birthday papa lagi dengan family day out layan movie yang baru keluar Incredibles 2 dan makan- makan di luar.  Dah syawal, boleh la kita makan waktu siang and enjoy lebih sikit, hehe... 


Itu sahaja sambutan birthday papa yang ke 32 untuk tahun 2018 ini. InshaAllah, murah rezeki tahun depan kita sambut lagi best, cipta memori indah lagi bersama. 

Post a Comment

1 Comments

Lynda Che Lah said…
Happy birthday Apiz. Cipta memori indah untuk anak-anak kan Huda