Ulek Beach Resort Buat Anak-Anak Tak Nak Balik!





Alhamdulillah.. Seperti yang huda rancangkan, pertama kali dalam hidup huda dan keluarga bercuti ketika bulan Ramadan. Best sangat rupanya bercuti waktu puasa ni.. Ambil pakej bilik termasuk buffet berbuka dan buffet sahur. Memang terbaik! 

Okay, jom huda bawa korang jalan-jalan ke Ulek Beach Resort ni yer. Mana tau korang pun tergoda nak datang sini juga nanti. 

Lokasi Ulek Beach Resort


Ulek Beach Resort ini berada di Jalan Pantai Sura di Dungun Terengganu. Terletak di berhadapan pantai, menjadikan lokasi resort ni strategik dan menarik. 






Pakej Ramadan di Ulek Beach Resort



Pilihan bilik yang terdapat di Ulek Beach Resort sempena Ramadan berserta buffet berbuka puasa dan bersahur yang sangat-sangat berbaloi untuk korang grab! 










Review Ulek Beach Resort 


Huda dan family menginap di Family Suite di Ulek Beach Resort. Jom layan video yang huda sediakan tentang bilik yang stay selama 2 hari 1 malam di sini.
Personal review dari huda, resort ni sangat cantik. Betul-betul membangkitkan mood bercuti. 


Design chalet luaran dan dalaman nampak eksklusif dengan style kampung memang menarik. Sekitar resort juga bersih dan sangat cantik untuk bergambar. Kemudahan yang di sediakan di resort dan di dalam bilik memang tip top. Tak caya korang tengok la gambar-gambar di bawah ni.






Bilik air pun besar, lengkap dengan sunken jacuzzi , stand shower dan toiletries yang lengkap. Memang terbaik la bercuti di sini. Anak-anak huda, The Arifs tu la yang paling happy.





Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah, surat khabar percuma setiap pagi, dan kemudahan alat pengering rambut dan seterika baju dan juga sejadah. 



Selain itu di sini terdapat swimming pool yang bersih dan di swimming pool kanak-kanak juga terdapat slide yang comel. 



Berhadapan hotel juga ada pantai yang cantik. Memang mendamaikan. Aduhai memang damai sungguh bercuti di sini. 



Harga yang di tawarkan sangat berpatutan dan berbaloi untuk kami sekeluarga menikmati family time bersama.



Huda rekemen korang yang nak bercuti ke pantai timur tu datang bercuti ke Ulek Beach Resort. Tengok la perangai The Arifs, masa huda nak check out diorang bantah tak nak balik lagi. Memang Ulek Beach Resort Buat Anak-Anak Tak Nak Balik! Jenuh nak pujuk The Aris balik rumah tau, dah la cuaca memang tengah panas terik. 


So korang teruja tak nak rancang percutian keluarga ke Ulek Beach Resort ni??! Huda dan suami pun ada perancangan nak repeat datang sini lagi, InshaAllah next time ajak lebih ramai lagi ahli keluarga datang sini. Buat family day pun macam best jer kat sini. 

Untuk info lanjut hubungi : -

ULEK BEACH RESORT
JALAN PANTAI
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN
TERENGGANU, MALAYSIA

Tel: +6098481100
Fax: +6098482200
Email Address: reservation.ubr@gmail.com
Website : www.ulekbeachresort.com.my

Follow media sosial Ulek Beach Resort untuk update terkini dan promosi semasa

Facebook : Ulek Beach Resort
Instagram : ulekbeachresort

37 comments

Unknown said...

Best! Cam rasa nk g gak nnti bila turun Ganu. Heheh

Huda Halid said...

Jom2. Nak g gtau, nak join gak.. Hehe..

Sue Izza said...

Wahhhh nexttimeboleh singgah ni.

Mohaz Sue said...

Sukalah suasana resort ni..boleh masuk dlm list percutian akan datang

Ben Ashaari said...

Menarik.. Kena g nanti lepas raya!

Julia Johari said...

Teruja tgk harga...berbaloi menginap dan berbuka disana

Mama Kembar Tiga said...

Lawanya! Ni kalau bawak si kembar ada yg tak nak balik gak ni hehe

mas saari said...

Cantik chalet dia, nanti plan bercuti ke Terengganu bolehlah menginap kat sini.

Emily said...

Wooeeee what a relaxing beach resort. Even adults pun tak nak balik if given a choice! It has been a while since I was in Terengganu. Time to revisit.

Jack Lim said...

The accommodation is very fancy. Definitely will be my place for short getaway. Thanks for sharing

Betty's Journey said...

The offer looks attractive ask it include buffet Ramadhan and sahur. The decoration of the room bring a home feeling. Can think for the trip too.

Eyqa Hasnan said...

Auwwwww! Mestilah resort nie best. Hihihihii.. Relax je sebab ala-ala kampung gituuu

Emi said...

Laaa dekat dungun ke lokasinya ni? First time emi dengar pasal ulek beach resort ni. Nampak menarik. Next time boleh cuba menginap kat sini.

Ezna Khalili said...

Tengok gambar ni terasa balik kat zaman belajar dulu kat UITM Terengganu. Kalau terus sampai ke hujung mesti tiba UITM Terengganu ni. Design chalet nampak macam kampung melayu je. Klasik je. Cantiknya mengadap pantai kan?.

Eintan Nurfuzie said...

pakej menarik ini.. buffet dan bilik sekali.. wow! anyway x jalan2 ganu lagi ni.. lepas raya ni cik en nak ke sana la.. boleh menginap kt sini

Suria Amanda said...

Kalau macam ni punya resort sape yang tak teruja, resort dia bersih dan selesa, cantik pemandangan dan harga pun reasonable..rasa nak bercuti kat sini bawak mak abah...menarik sangat especially package berbuka dan bersahur tu...

Zayani Zulkiffli said...

Bestnya kalau dapat short vacay macam ni. Bukan anak-anak je taknak balik, kita pun takmau balik. Best resort depan pantai.

khai artzfar said...

first time dengar! konsep dan dekorasi dia cantik sangat. salu gi ganu nanti boleh lah try menginap disaini . tak sabar lak

Unknown said...

unik betul design resort ni....terletak ditepi pandai pula tu...bila ke terengganu nanti boleh laa bonda menginap disini...nampak hargapun boleh tahan berpatutan

Cik Puan Ena said...

Memang cantik sgt. Kalau sampai nak repeat ke sana maknanya memang betul2 best la tu. Harganya sgt affordable. Sampai anak pon taknak balik. Suasana dan konsep dekat di hati dgn konsep ketimuran.

Nadia Johari said...

cantik sangat..nanti datang ganu boleh pergi sini..haishh..bila nak datang ganu ni..tak pernah bercuti sini lagi

Wawa Ashihara said...

Kawan kita suggestkan kalau ke ganu pergi tmpt ni.. Ternyata btullah apa yg dia ckp... Mmg best kt sini... Harga pon berpatutan dan mcm2 aktiviti leh buat kat sini... Siap ada kolam & jakuzi gitu.. Hehhee.. Design dia pon cntik2..

Mahamahu said...

Bestnya tengok tempat ni rasa macam nak pergi lah dah lama tak bercuti kat tepi pantai macam ni heheheh nak juga rehatkan badan dan minda asyik kerja jer kan...

Unknown said...

I love going to Terengganu. The beaches there are so beautiful. Now I have another reason to go , try this resort.

Bonde Zaidalifah said...

Tak tahu dekat Terenganu ada Resort macam ni, pemandangan dia cantik dan tenang, Kalau pergi ganu nanti bolehlah menginap dekat situ. Thanks sharing pasal ni

Hanny Abdullh said...

Cantik jugak ya tempat ni. Kalau sis ke Terengganu nanti bolehlah cuba pulak tempat ni. Sis baru je balik dari sana, Terengganu memang best untuk di kunjungi sebab laut dia dan makanan dia sedap..hehehe

Lia Hasty said...

Lama tak jalan gi Ganu. Bestnya juga bercuti resort macam ni . Hotel pun berbaloi siap ada pakej berbuka dan sahur lagi. Jarang ada hotel Yang memberikan kemudahan macam ni.

Ruby said...

Hahaha kalau dah tempat macam ni. Anak ruby pun takmo balik. Sebab tu ha kolam renang dah memanggil-manggil. Mereka suka main air. Tambahan sekarang dah belajar swimming. Nampak kolam je nak lompat. Kalau ke Terengganu InsyaAllah nak bawa ke sini.

Zharif Azis said...

kalau macam nielah punya cantik tempat penginapan, bukan budak-budak je tak nak balik, yg dah tua bangka mcm saya nie pon sama tak nak balik. hahahaha. bestnya resort nie, facilities dia banyak and memberikan suasana kemewahan pada harga mampu milik

AyuArjuna BiGoshh said...

first time dengar nama chatet ni..tapi harga pakej yang ditawarkan tu not bad. rasanya murah dan berbaloi..paling best sebab pemandangan dia cantik..mmg datang sini boleh untuk fefeling rehat bersama keluarga

Mommy's Diary of Life said...

menarik btul

Qaseh Dalia said...

Dekat je dgn kg ni , boleh torai

Sunshine Kelly said...

oh wow! now i m tempted to stay there too. The place is so relaxing and fun, its great for a short weekend.

Mek Onie said...

syanteknya resort ni, klasik sangat binaannya, teringin nak pergi suatu hari nanti. Pun siap dengan bufet ramadan eh? memang wow la kak :D

Blair Villanueva said...

Omg am feeling jealous here! I want to experience that hotel cozbit looks gorgeous and totally worth it. I love to play in the pool and that bathtub :)

nia said...

Bestnye tgk tempat ni, klu k sana boleh la duk sini

JMR said...

Baca pengalaman bercuti ketika bulan Ramadan ni, rasa macam nak kena cuba juga tahun depan..jimat duit makan byk juga kan