Alhamdulillah.. Seperti yang huda rancangkan, pertama kali dalam hidup huda dan keluarga bercuti ketika bulan Ramadan. Best sangat rupanya bercuti waktu puasa ni.. Ambil pakej bilik termasuk buffet berbuka dan buffet sahur. Memang terbaik! 

Okay, jom huda bawa korang jalan-jalan ke Ulek Beach Resort ni yer. Mana tau korang pun tergoda nak datang sini juga nanti. 

Lokasi Ulek Beach Resort


Ulek Beach Resort ini berada di Jalan Pantai Sura di Dungun Terengganu. Terletak di berhadapan pantai, menjadikan lokasi resort ni strategik dan menarik. 






Pakej Ramadan di Ulek Beach Resort



Pilihan bilik yang terdapat di Ulek Beach Resort sempena Ramadan berserta buffet berbuka puasa dan bersahur yang sangat-sangat berbaloi untuk korang grab! 










Review Ulek Beach Resort 


Huda dan family menginap di Family Suite di Ulek Beach Resort. Jom layan video yang huda sediakan tentang bilik yang stay selama 2 hari 1 malam di sini.
Personal review dari huda, resort ni sangat cantik. Betul-betul membangkitkan mood bercuti. 


Design chalet luaran dan dalaman nampak eksklusif dengan style kampung memang menarik. Sekitar resort juga bersih dan sangat cantik untuk bergambar. Kemudahan yang di sediakan di resort dan di dalam bilik memang tip top. Tak caya korang tengok la gambar-gambar di bawah ni.






Bilik air pun besar, lengkap dengan sunken jacuzzi , stand shower dan toiletries yang lengkap. Memang terbaik la bercuti di sini. Anak-anak huda, The Arifs tu la yang paling happy.





Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah, surat khabar percuma setiap pagi, dan kemudahan alat pengering rambut dan seterika baju dan juga sejadah. 



Selain itu di sini terdapat swimming pool yang bersih dan di swimming pool kanak-kanak juga terdapat slide yang comel. 



Berhadapan hotel juga ada pantai yang cantik. Memang mendamaikan. Aduhai memang damai sungguh bercuti di sini. 



Harga yang di tawarkan sangat berpatutan dan berbaloi untuk kami sekeluarga menikmati family time bersama.



Huda rekemen korang yang nak bercuti ke pantai timur tu datang bercuti ke Ulek Beach Resort. Tengok la perangai The Arifs, masa huda nak check out diorang bantah tak nak balik lagi. Memang Ulek Beach Resort Buat Anak-Anak Tak Nak Balik! Jenuh nak pujuk The Aris balik rumah tau, dah la cuaca memang tengah panas terik. 


So korang teruja tak nak rancang percutian keluarga ke Ulek Beach Resort ni??! Huda dan suami pun ada perancangan nak repeat datang sini lagi, InshaAllah next time ajak lebih ramai lagi ahli keluarga datang sini. Buat family day pun macam best jer kat sini. 

Untuk info lanjut hubungi : -

ULEK BEACH RESORT
JALAN PANTAI
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN
TERENGGANU, MALAYSIA

Tel: +6098481100
Fax: +6098482200
Email Address: reservation.ubr@gmail.com
Website : www.ulekbeachresort.com.my

Follow media sosial Ulek Beach Resort untuk update terkini dan promosi semasa

Facebook : Ulek Beach Resort
Instagram : ulekbeachresort