DASHING 2 in 1 Face & Body Wash Mandian Terbaik untuk Lelaki.

Assalamualaikum, salam hujung minggu untuk semua pembaca blog huda hari ini. Nak kongsi dengan korang ni produk terbaru dari DASHING iaitu 2 in 1 Face & Body Wash. Formulasi terkini yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekaligus! Menarik kan? Memang sesuai  sangat dengan encik suami. 

DASHING 2 in 1 Face & Body Wash

Produk mandian terbaru keluaran Dashing ini mampu menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. 

Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. 

Maka, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, solusi terbaik untuk lelaki adalah produk DASHING 2 in 1 Face & Body wash. Ia dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 


Variasi DASHING 2 in 1 Face & Body Wash


Terdapat 4 variasi DASHING 2 in 1 Face & Body Wash iaitu :-  Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Ia diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. 

Jom huda kongsi dua daripada dari empat variasi yang Encik Suami huda dah cuba. 



COOL | Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin. 



Review dari Encik Suami : Bau yang best, memang kulit jadi lembab dan segar. Sejuk jer rasa mandi dan cuci muka. Terbaik untuk segarkan badan. 



ULTIMATE KICK | Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta aroma Vanilla dan Musk. 


Review dari Encik Suami : Bau yang fresh lemon, menjadi kulit muka dan badan terasa bersih dan segar. Terbaik untuk bersihkan muka dan badan selepas seharian berkerja di luar.


Terdapat dua lagi variasi yang belum Encik suami cuba iaitu :- 


ACTIVE | Mengandungi haruman gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luarbiasa.


HATTRICK | Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber. 

Keistimewaan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash



Variasi Cool dan Hattrick DASHING 2 in 1 mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula,formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar. 

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian.

Harga DASHING 2 in 1 Face & Body Wash


DASHING 2 in 1 Face & Body Mash ini boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml.

Sangat-sangat berbaloi dengan harga yang mampu milik dan boleh digunakan untuk seluruh wajah dan badan.

Jom pakat-pakat beli untuk suami tersayang yer korang!

Maklumat lanjut layari Untuk info lanjut dan update terkini layari http://www.dashing.com.my/ dan follow instagram @dashing_my

Post a Comment

5 Comments

Nadia Johari said…
wah..boleh beli untuk husband ni..heehe..bagus dashing ni
Nina Mirza said…
Terbaik laaa Dashing!
Tentu ramai kaum lelaki yang selalu nak cepat jerrrr sukakan Dashing terbaru ni
Husniey Husain said…
Husniey suka bau dashung, maskulin gituuu

Berpatutan dah harganya tu,
alhamdulilah salam kenal kak huda
husniey done follow sini
Mamaleesya said…
Husband pun dah cuba dashing, memang wangi dan senang cuci muka terus mandi sekali :)
azlina ina said…
woww..bestnya.Rasa nak mandi kat pantai tu jer,sambil guna mandian dashing