Hari ini huda nak kongsi keistimewaan Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur.
Dengan tema "Masakan Bonda" , korang boleh menikmati buffet ramadhan di Checkers Cafe , Dorsett Kuala Lumpur bermula 17 Mei sehingga 14 June 2018.
Lebih 100 pilihan juadah berbuka yang terhidang di sini, dan terdapat 13 signature dish yang diinspirasikan oleh Kak Shikeen ( staff yang sudah lama berkhidmat di Dorsett dan "motherly figure" di sini)
Antara signature dish yang wajib korang cuba di Dorsett KL adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Rendang Ayam Minang Kuala Kedah, Ikan Bakar Siakap dan Ikan Merah, Telur Itik Gulai Belimbing Buluh.
Apa makanan favourite huda di Buffet Ramadhan 'Masakan Bonda' di Dorsett Kuala Lumpur ?
Huda suka dengan Kashmiri Kambing Beriyani. Complete satu plate dengan kambing panggang, kuah dhal dan papadom.
Pencuci Mulut di Buffet Ramadhan 'Masakan Bonda' di Dorsett Kuala Lumpur.
Pelbagai bubur manisan. Serawa durian dan pulut pun ada di sini.
Pelbagai buah-buahan tempatan terhidang.
Kuih tradisional antara menu starter wajib ketika buka puasa.
Chocolate fountain pun ada di sini
Pelbagai jenis desert dan manisan yang sedap.
DIY ABC sendiri, pilih la banyak mana nak letak, hehe..
Rojak buah pelengkap hidangan pencuci mulut.
Wah, memang meriah kan hidangan pencuci mulut di Dorsett KL ni, pilih dan makan sampai puas yer korang. Lebihkan buah-buahan, bagus untuk penghadaman sepanjang puasa nanti.
Jika korang datang berbuka di sini, jangan lupa minum Susu Kurma Madu ini yer. Bagus sangat untuk kesihatan dan bekalkan tenaga untuk kita meneruskan puasa esok hari.
Harga Buffet Ramadhan 'Masakan Bonda' di Dorsett Kuala Lumpur.
Normal Price : RM118 nett per person.50% off untuk kanak-kanak (4-12 tahun) dan warga emas berumur 55 tahun ke atas.
Early Bird : booking awal sebelum 12 May untuk jimat RM20 off dari normal price RM118 nett per person.
.
Untuk tempahan
☎ 03- 2716 1010
📧info.kualalumpur@dorsetthotels.com
0 Comments